Connect with us

Berita Lain

Mahkamah Tetapkan Kes Dr M Lawan Najib 6 Ogos


Semakan kehakiman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Khairuddin Abu Hassan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai
keputusan kes saman pejabat awam yang difailkan terhadap mantan perdana menteri
Datuk Ser Najib Razak kini ditetapkan pada 6 Ogos.
Dr Mahathir dan peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang
mewakili Khairuddin berkata hari ini berlangsung sesi pengurusan kes di
mahkamah berikutan permohonan Mahathir dan Khairuddin memfailkan semakan pada
26 April lalu.
“Peguam Najib, Caleb Goh daripada Tetuan Hafarizam Wan
Aisha dan Mubarak, telah meminta lanjutan masa untuk menyediakan afidavit
jawapan terhadap semakan itu,” kata Haniff.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berikutan itu, pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah
Zahra Wan Yusuf telah menetapkan 6 Ogos ini bagi mendengar semakan kes
berkenaan.
Dilaporkan pada 27 Februari 2018, anggota panel tiga hakim
Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif
menolak permohonan kebenaran rayuan saman misfeasans Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan
awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 28 April 2016
bahawa Najib bukan pegawai awam.
Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi bagi menolak kes saman tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan menegaskan keputusan
Mahkamah Tinggi yang bersetuju bahawa Najib tidak boleh dianggap sebagai
penjawat awam, dan saman RM2.642 bilion tidak mempunyai merit.
“Kami bersetuju dengan keputusan hakim (Mahkamah
Tinggi). Tiada merit dalam rayuan itu. Kami mengesahkan keputusan Mahkamah
Tinggi,” kata Hakim Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai panel berkenaan.
April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan
saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi ini.
Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai
perdana menteri, bukan seorang penjawat awam.
Abu Bakar membuat keputusannya berdasarkan Akta
Interpretasi, di mana perdana menteri, menteri-menteri, timbalan menteri dan
setiausaha politik tidak dianggap sebagai pegawai awam tetapi hanya sebagai
anggota pentadbiran.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel