Connect with us

Berita Lain

Mayat bayi kena gigit dekat surau



MAYAT bayi perempuan ditemui dalam keadaan memilukan dengan beberapa kesan gigitan berdekatan surau di Jalan Delima, Bandar Parkland, Klang, hari ini.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat berusia lingkungan sebulan itu ditemui lelaki warga Indonesia pada 9 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ketika tiba di tempat kejadian, kami dapati terdapat bayi perempuan di atas jalan berdekatan surau itu dalam keadaan badan sudah mengeras.


“Penolong pegawai perubatan yang kemudiannya tiba di tempat kejadian pada 9.45 pagi mengesahkan bayi perempuan itu sudah tidak lagi bernafas.


“Siasatan lanjut ke atas mayat bayi perempuan itu mendapati ada beberapa kesan darah dipercayai akibat digigit di bahagian badan dan kepala,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Shamsul Amar berkata, turut ditemui beberapa lampin pakai buang serta beg berisi pakaian berdekatan dengan lokasi mayat bayi perempuan itu ditemui.


Beliau berkata, tiada kamera litar tertutup (CCTV) ditemui di surau itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.


“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengetahui punca kematiannya.


“Kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.


Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel