Connect with us

Berita Lain

MB: Terima Calon Speaker, Biar Tiada Pilihan Raya


ALOR STAR, 22 Mei — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah  meminta pembangkang merestui calon Speaker
Dewan Undangan Negeri yang akan dikemukakan nanti bagi membolehkan segala kerja
pentadbiran berjalan lancar, sekali gus mengelak daripada diadakan pilihan raya
negeri.
Mentri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ini
kerana soal pemilihan speaker ketika ini adalah agak kritikal memandangkan
kedua-dua pihak yakni pembangkang dan kerajaan mempunyai jumlah kerusi sama
iaitu 18.

“Katalah ada 18 (Adun) pada pihak kami (PH) mencadangkan
seorang calon Speaker, kemudian ditolak pihak sana (pembangkang), pihak sana
cadang satu calon juga dan kami pula tolak, jadi dua-dua tidak lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi dalam keadaan ini ada juga kemungkinan terpaksa dibuat
satu pilihan raya negeri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelantikan
dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini hari ini.
Beliau sebelum ini berkata PH dapat membentuk kerajaan
negeri baharu di Kedah berikutan kedudukan yang kukuh apabila memenangi 18
kerusi daripada 36 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),  melebihi 15 kerusi yang diperoleh PAS selain
tiga kerusi daripada BN.
Dalam  keadaan PRU14
baharu sahaja berakhir, Mukhriz berkata beliau yakin semua pihak baik  pembangkang, kerajaan dan rakyat sendiri
sudah pasti tidak mahu satu pilihan raya negeri pula diadakan  kerana ia hanya membuang masa membazir wang.
Sementara itu, beliau berkata PAS sebelum ini ada menawarkan
secara tidak rasmi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri ini, namun
beliau terpaksa menolak  cadangan
tersebut kerana dikhuatiri PAS akan mendominasi kerajaan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Walaupun jumlah kerusi berbelah bahagi, tetapi kalau ada
kerajaan perpaduan ini maka kadang-kadang berlaku kita tidak akan ada lagi
semak dan imbang, yang sepatutnya wujud bila kita ada pembangkang, jadi
bayangkan kalau PAS menyertai kerajaan maka pembangkang hanya tinggal 3 orang
(Adun BN),” katanya.
Mengenai mesyuarat Exco pertama esok, beliau berkata agenda
utama yang akan dibincangkan ialah mengenai tawaran PH Kedah pada PRU14 lalu
yang akan dijadikan sebagai janji kerajaan negeri supaya semua pihak komited
dalam merealisasikannya.
Terdahulu, 10 Adun mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan
Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak
Bukit. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel