Connect with us

Berita Lain

MEIO Tak Ada Sepanjang 22 Tahun Jadi PM – Tun M


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan agensi
perisikan, Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), tidak dibentuk
atau diwujudkan di bawahnya sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana
Menteri sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, beliau perlu mendapatkan semua
fakta mengenai MEIO kerana belum lagi diberi taklimat untuk memutuskan sama ada
agensi itu akan turut dibubarkan atau sebaliknya,
“Saya juga tidak pasti sama ada agensi sama sudah
diwujudkan pada pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ketika bergelar
Perdana Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun, saya tahu kegiatan mereka (MEIO) tidak
baik untuk kerajaan ini. Kami tidak mahu mengintip rakyat. Kami tidak
memerlukan mereka, termasuk kecerdasan mereka, saya fikir kami sudah bijak
(pintar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Kabinet pertama di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan sebuah rumah milik seorang
pegawai wanita berpangkat tinggi, yang dipercayai sebagai ketua agensi
perisikan itu diserbu pada hujung minggu lalu.
Sementara itu, ditanya berhubung pelantikan Datuk Seri Mohd
Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) yang baharu, Dr Mahathir berkata Mohd Shukri adalah orang yang tepat
untuk memegang jawatan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami memilihnya kerana beliau mempunyai pengalaman
luas dan pernah terbabit dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
namun kerajaan terdahulu tidak menyukai kerja (siasatan) yang
dilakukannya,” katanya.
Selain itu, ditanya mengenai Mesyuarat Kabinet pertama yang
dipengerusikannya di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir
berkata semua orang menyumbang fikiran dan beliau membenarkan semua menteri
bercakap, sekali gus membuktikan dirinya bukan seorang diktator.
Mengenai baki barisan Kabinet yang belum diumumkan, Dr
Mahathir berkata, baki 12 menteri Kabinet akan diumumkan secepat mungkin.
“Kita akan ada 12 lagi nama (barisan Menteri Kabinet)
dan mungkin ada tambahan kepada itu,” katanya.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel