Connect with us

Berita Lain

Menantu Pecahkan Gelas, Mentua Tuntut Ganti Rugi



SEORANG wanita terkejut apabila menerima bil yang dihantar oleh mentuanya sendiri selepas dia memecahkan gelas wain di rumah mereka.


Kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang sedang hamil lima bulan bersama-sama dengan suami melawat keluarga mentuanya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada mulanya mereka nampak tidak kisah dengan apa yang berlaku, tetapi ia tidak seperti yang disangka, seperti dijelaskan oleh wanita itu di bebenang Mumsnet.
“Pergi ke rumah mentua hujung minggu lalu, minum segelas wain dan saya tak sengaja menjatuhkannya.
“Tak ada masalah, mereka hanya angkat bahu,” tulisnya.
Menurut wanita itu, dia mempunyai hubungan baik dengan kedua mentuanya sejak empat tahun bersama suaminya.
Bagaimanapun, beberapa hari selepas kejadian, mentuanya bertindak menghantar emel kepada wanita itu menuntut dia membayar balik atau menggantikan gelas yang dipecahkannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Pada masa itu saya tak tahu, tetapi dikatakan gelas itu mahal harganya. Pagi ini bapa mertua hantar emel menyatakan bahawa saya boleh pindahkan £156 (RM835) kepadanya atau membeli gelas itu online.
“Pada mulanya saya fikir ia hanya satu jenaka tetapi tidak sebenarnya. Dia betul-betul mahu saya menggantikannya apabila memasukkan ‘link’ jualan dan memberikan alamat rumahnya.
“Saya betul-betul terkejut sebab mereka sebelum ni bukan orang yang kedekut,” katanya.
Wanita itu juga menegaskan bahawa walaupun mentuanya orang berada, dia dan suaminya tidak stabil dari segi kewangan.
Justeru dia bercadang untuk menggantikan gelas wain itu dengan versi £20 (RM107) dari Amazon dan meminta rakan-rakannya pengguna di Mumsnet untuk menyatakan pendapat mereka.
Ramai yang bersetuju bahawa apa yang dilakukan mentuanya tidak munasabah kerana mereka pada awalnya nampak tak kisah tentang gelas yang pecah. – The Independent/mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel