Connect with us

Berita Lain

Menteri: Sekat ‘Fail Merah’, Parlimen Terima Laporan Salah


PUTRAJAYA, 22 Mei — Pegawai 
tertinggi dan kanan Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara tidak dapat
mengakses akaun dan laporan tertentu di bawah pemerintahan terdahulu, kata
Menteri Kewangan yang baharu dilantik, Lim Guan Eng.
Beliau berkata ini menghalang pegawai dan juruaudit
menjalankan tanggungjawab mereka selain menyiasat.

Pada hari pertama di kementerian itu, Lim berkata beliau
mengadakan siri pertemuan dengan semua pegawai kanan Perbendaharaan yang
diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa
dan pertemuan berasingan dengan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dan
pasukannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata kedua-dua Siti Zauyah dan Madinah memberi
taklimat kepada beliau mengenai kedudukan semasa kewangan negara dan pendedahan
yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan
tertentu.
“Mereka juga mengadu bahawa ‘fail merah’ hanya boleh diakses
oleh pihak tertentu dan ini menghalang para pegawai dan juruaudit untuk
menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional dan berintegriti.
“Jelas  bahawa
kerajaan terdahulu melakukan perbuatan menipu orang ramai mengenai kes panas
tertentu, terutama 1MDB, malah memberikan gambaran yang salah mengenai
kedudukan kewangan kepada Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari
ini.
Lim berkata penyiasatan terperinci masih dijalankan bagi
mencari maklumat dan data kewangan yang diperlukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau mengarahkan supaya semua akaun boleh diakses oleh
Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara atas kepentingan kompetensi,
akauntabiliti dan ketelusan.
“Kedua-dua Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara akan terus
mencari fail-fail ini untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan tepat
mengenai kedudukan kewangan negara kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Mengenai kedudukan kewangan negara, Lim berkata beliau yakin
dan optimistik negara dapat mengatasi cabaran ini.
“Dalam perkembangan yang positif, sistem kewangan dan
perbankan Malaysia kekal teguh dan mempunyai modal yang tinggi. Selain itu,
pinjaman tidak berbayar kurang dari 1 peratus daripada jumlah portfolio
pinjaman.
“Dasar-dasar ekonomi kekal kukuh. Oleh itu, setelah dapat
membersihkan kewangan Kerajaan Persekutuan, kita akan dapat mengukuhkan lagi
keyakinan orang ramai dan pelabur terhadap Malaysia,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel