Connect with us

Berita Lain

Mohamad Kecewa Dengan Rais



SEREMBAN – “Saya agak kecewa.” Demikian kata Pengerusi
Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berikutan tindakan Tan Sri Dr
Rais Yatim yang membuat penampilan sulung pada ceramah Pakatan Harapan di Titi
Jelebu, malam semalam.

Menurut Mohamad, walaupun itu bukan pertama kali (berkongsi
pentas bersama barisan pembangkang), tetapi tindakan tersebut amat mengecewakan.


Katanya, beliau tidak terkejut dengan tindakan itu tetapi
cara sedemikian agak mengecewakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak terkejut apabila beliau (Rais Yatim) berkongsi
pentas atau bersama dengan barisan pembangkang, kerana itu bukanlah pertama
kali berlaku.
“Terpulang kepada kebijaksanaan pengundi di Jelebu dan
terpulang kepada budi bicara Tan Sri sendiri untuk menilai mana yang baik mana
yang tidak untuk masa depan negara.
“Bagi saya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan bukan
pertama kali beliau bersama pembangkang, tetapi cara itu agak menyedihkan,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui pemberita pada
Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki rumah di Taman Sri Mambau, di sini
hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, beliau tidak mahu komen panjang mengenai isu tersebut,
kerana tindakan itu sebelum ini pun pernah dilakukan (berada di pentas yang
sama dengan pihak pembangkang).
Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Jelebu, merangkap bekas Ketua
Umno Bahagian Jelebu, memaklumkan bahawa kehadirannya ke ceramah Pakatan
Harapan hanya diputuskan pada saat-saat akhir, dan beliau sekadar hadir untuk
mendengar ceramah sahaja.
Katanya, beliau tidak boleh bercakap pada ceramah itu malam
kelmarin kerana permit dari pihak berkuasa tidak menyenaraikannya sebagai
penceramah.
Bagaimanapun, Rais menegaskan bahawa beliau akan melakukan
apa sahaja yang boleh untuk membantu di Negeri Sembilan, berikutan tidak
mempunyai masa yang cukup bagi mengikuti kempen di seluruh Malaysia.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel