Connect with us

Berita Lain

Mohamad Sabu Cuit Hati Warga ATM


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mencuit hati
warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tetamu jemputan apabila berjenaka
dengan menyatakan ‘lebih mudah berceramah daripada membaca teks ucapan’ ketika
memulakan ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya
Aidilfitri kepada warga pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang
Tembak, di sini, hari ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sebelum
ini 40 tahun beliau berceramah tanpa teks dan kini selepas menjadi menteri,
beliau perlu mengikut teks ucapan yang sudah disediakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum ini, 40 tahun saya berceramah tanpa teks,
tiba-tiba kena baca teks ucapan pula,” katanya sambil disambut gelak
ketawa tetamu jemputan.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja
Mohamed Affandi Mohamad Noor, Panglima Tentera Laut (PTL), Tan Sri Ahmad
Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara (PTU) Tan Sri Affandi
Buang dan Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Zulkiple Kassim.
Malah, ketika berucap juga, Mohamad turut sebak apabila
menyebut mengenai pengorbanan perajurit terdahulu yang menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan demi mempertahankan negara.
Beliau berkata, sempena Aidilfitri kali ini, ATM menerima
sumbangan kewangan daripada 48 agensi membabitkan sektor korporat, badan
berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela yang keseluruhannya berjumlah
RM1.64 juta.
Malah, katanya, ATM turut menerima sumbangan barangan
daripada 11 syarikat, koperasi dan persatuan sukarela.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya selaku Menteri Pertahanan mewakili warga ATM
berterima kasih atas sumbangan yang diterima hari ini (semalam).
“Keprihatinan dan keikhlasan ini menjadi bukti rakyat
menghargai curahan bakti perjuangan dan pengorbanan ATM dalam mendaulatkan
tanah air,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap lebih banyak syarikat terutama
yang ada hubungan dengan Kementerian Pertahanan dan bersaiz mega turut menyumbang
kepada warga ATM terutama yang terpaksa bertugas ketika hari raya bagi
memastikan keselamatan negara kekal terpelihara.
“Kewujudan warga ATM menjalankan tugas keselamatan
negara membolehkan kita semua termasuk syarikat yang ada dalam negara dapat
berniaga dan membuat keuntungan kerana negara aman dan tenteram atas sumbangan
pihak tertentu termasuk ATM.
“Sumbangan ini amat besar ertinya kepada warga ATM yang
terpaksa bekerja dan meninggalkan keluarga pada hari raya, sekali gus
meningkatkan moral serta semangat juang mereka,” katanya.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel