Connect with us

Berita Lain

Mohamed Apandi Mula Cuti Tanpa Rekod 30 Hari


PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari
ini memulakan cuti tanpa rekod selama 30 hari.
“Saya kini bercuti tanpa rekod selama 30 hari. Justeru, saya
tidak akan hadir ke pejabat hari ini,” kata Mohamed Apandi dalam pesanan
ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada warga media sambil pada masa sama
menegaskan beliau masih Peguam Negara yang berkhidmat  atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
Mohamed Apandi telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam
Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkuat kuasa serta-merta.
Warga media berkumpul di perkarangan Pejabat Peguam Negara
di Presint 4 di sini sejak 8 pagi tadi untuk melihat kelibat Mohamed Apandi
hadir bertugas.
“Jangan buang masa berharga anda di Pejabat Peguam Negara.
Sampaikan salam saya kepada semua rakan-rakan media di luar sana. Akan temui
semua pada acara lain. Insya-Allah. Terima kasih semua,” kata Mohamed Apandi
yang mengetahui akan kehadiran  media di
bangunan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohamed Apandi hadir ke pejabat seperti biasa semalam
walaupun Dr Mahathir pada sidang media Sabtu lalu berkata: “Pada masa ini
negara tidak mempunyai Peguam Negara.” – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel