Connect with us

Berita Lain

Mohamed Elias Setiausaha baharu SPR



DATUK Mohamed Elias Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



SPR dalam satu kenyataan berkata, Mohamed Elias menggantikan Datuk Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 10 Mei lalu.


Menurutnya, Mohamed Elias, 58, berkelulusan dari Universiti Malaya mula menyertai perkhidmatan awam pada 1 Julai 1983.


“SPR berharap dengan pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan awam, pelantikan Mohamed Elias akan dapat memimpin urus setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan,” kata kenyataan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, Mohamed Elias pernah menyandang jawatan strategik antaranya Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Pengarah Penyelidikan dan Dasar, Pengarah Bahagian Sumber Manusia Kepenggunaan dan Pengurusan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mulai 24 Mac 2008 hingga 27 April 2014.


Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia pada 28 April 2014 hingga 14 Februari 2017 dan seterusnya Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kementerian itu mulai 15 Februari 2017 hingga 20 Mei lalu.


Dalam pada itu, SPR turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Ghani atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada SPR dari 19 Ogos 2013 hingga 9 Mei lalu sebagai Setiausaha SPR.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel