Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Tidak Gugat Kekuatan BN Johor


HULU SELANGOR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan faktor yang boleh menggugat kekuatan
Barisan Nasional (BN) di Johor, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein Onn.

Beliau berkeyakinan pengundi dan anggota BN mampu melihat
dari perspektif yang lebih luas dalam memilih calon dan parti yang dapat
menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk mereka pada Pilihan Raya Umum
ke-14 ini.
Beliau berkata sejarah juga telah beberapa kali membuktikan
perkara ini termasuk nasib yang menimpa pengasas dan Presiden pertama, Datuk
Onn Jaafar itu sendiri yang gagal mendapat sokongan akar umbi setelah keluar
daripada UMNO pada 1951 kerana perbezaan ideologi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Onn Jaafar yang juga datuk kepada Hishammuddin kemudiannya
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya dan kemudiannya Parti Malaya yang kedua-dua
akhirnya terkubur kerana gagal meraih sokongan rakyat.
“Jika kami bimbang tentang Johor, saya tidak akan berada di
Hulu Selangor hari ini. Pada masa lalu, sejarah telah membuktikan, malah
pengasas UMNO, apabila rakyat melihat pada gambaran yang menyeluruh, pengasas
itu juga akan dikesampingkan.
“Itu yang berlaku kepada (bekas Timbalan Perdana Menteri)
Tun Musa Hitam. Jadi apa yang membuatkan Tan Sri Muhyiddin begitu istimewa?,”
katanya kepada wartawan selepas melawat kawasan Parlimen Hulu Selangor dan DUN
Batang Kali di Taman Bunga Raya di sini, hari ini.
Muhyiddin yang merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO sebelum
dipecat pada tahun 2016 akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh. Beliau juga
akan bertanding di kerusi DUN Gambir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga penyandang kerusi
Parlimen Sembrong berkata BN Johor tidak mengambil mudah tentangan yang dilontarkan
pembangkang, malah ia telah meningkatkan gerak kerja jentera pilihan rayanya
dalam mendepani cabaran pihak lawan untuk memenangi PRU ini.
Mengulas mengenai jentera BN dalam tempoh berkempen yang
kini memasuki hari kelima, beliau berkata ia berjalan lancar dengan kerjasama
yang diberikan semua pihak adalah baik.
Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata calon-calon
bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan DUN adalah pasukan impian bagi membawa
perubahan yang baik kepada pengundi di kawasan ini. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel