Connect with us

Berita Lain

Mukhriz terkejut harga daging RM36 sekilo

MUKHRIZ (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Parlimen Jerlun pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jerlun di Masjid Kampung Melele, Jerlun, malam tadi. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin.


“SAYA terkejut apabila melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram sedangkan pada 10 tahun lalu, ia berharga sekitar RM18 saja,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah memandang serius isu kenaikan barang keperluan harian khususnya di bulan Ramadan.


Menurutnya, pihaknya dan kerajaan Persekutuan sedang merangka mekanisme bagi mengawal harga barang keperluan.


“Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi negara masa kini, ditambah pula dengan kenaikan harga tanpa kawalan yang menambahkan derita rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sehubungan itu, kita sedang berusaha mengatasi isu ini, tetapi memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jerlun di pekarangan Masjid Melele di Jerlun, malam tadi.


Ahli Parlimen Jerlun itu menyerahkan sumbangan kepada 360 penduduk dari Parlimen Jerlun yang kurang berkemampuan.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, dasar kerajaan negeri yang baru ini akan memberi tumpuan kepada golongan asnaf dengan meringankan beban hidup rakyat dan membantu mereka meningkatkan pendapatan.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel