Connect with us

Berita Lain

Mulia sungguh hatimu…

ROSLAN (kiri) ketika melawat Mohamad Haiqal Haffis Hanapi yang mengalami penyakit jantung lemah dan bengkak memerlukan pemasangan bateri dengan kos RM35,000 ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chat Hilir. -Foto FATHIL ASRI


CACAT di kedua-dua kaki sejak lahir sebelum lumpuh sejak 10 tahun lalu, tidak menghalang seorang lelaki menyampaikan misi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Roslan Ismail, 46, yang terpaksa merangkak untuk menaiki bot di jeti Kok Majid, Tumpat, tidak menghiraukan kesukarannya itu kerana mahu matlamatnya menyampaikan bantuan tercapai.


Dia sanggup menaiki bot dari kampungnya di Pulau 100 selama setengah jam untuk ke rumah penduduk yang memerlukan di sekitar Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.


Rutinnya adalah mengunjungi rumah golongan memerlukan dan mengambil gambar serta memaklumkan kepada pihak berwajib, selain menyampaikan sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO).


Bagi Roslan, kekurangan diri tidak pernah menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat demi mengubah nasib golongan kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, dia melakukan kerja kebajikan itu sejak 28 tahun lalu selepas melihat ramai masyarakat hidup susah akibat sakit kronik, tiada sumber pendapatan dan berstatus orang kurang upaya (OKU).


“Walaupun saya tidak mampu berjalan, namun usaha untuk membantu golongan kurang mampu ini tidak pernah terhenti apabila lebih 300 sudah dibantu.


“Nasib keluarga ini akan dibawa ke pihak berkenaan untuk mendapat bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat.


“Saya gembira kerana golongan kurang bernasib baik ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab apabila mereka mendapat bantuan wang tunai, rumah dan barangan keperluan setiap bulan.


“Ia sekali gus dapat mengubah nasib keluarga dan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya ketika ditemui di Kampung Kok Majid, Tumpat.


Menurutnya, walaupun cacat, tetapi bersyukur kerana masih mampu bergerak dengan merangkak dan boleh menunggang motosikal roda tiga sendiri untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampungnya dan di luar kawasan dengan menaiki bot serta menaiki kenderaan penduduk kampung.


“Saya tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk membantu orang lain.


“Keadaan saya ini lebih baik daripada orang lain kerana masih mampu bergerak dan dapat melihat dunia luar,” katanya.


Menurutnya, dia tidak pernah menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk meminta simpati, namun keistimewaan itu digunakan untuk membantu insan lain.


Katanya, dia bersyukur kerana kerja kebajikan dilakukan turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga, NGO dan JKM.


“Alhamdulillah ramai pihak yang menyokong saya termasuk JKM yang memberi elaun pekerja cacat sebanyak RM400 sebulan,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel