Connect with us

Berita Lain

Musa Aman Bukan Lagi Ketua Menteri Sabah


KOTA KINABALU – Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri
Sabah, Abinan Asli pada Isnin menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Pengerusi
BN Sabah Tan Sri Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri Sabah.
Ketika ditemui pemberita di sini, Abinan berkata beliau
menghantar surat itu melalui setiausaha sulit Musa, Effendy Mohamed Sunoh, pada
pukul 11.34 pagi selepas gagal menyampaikan surat itu di kediaman peribadi Beliau
berkata pemberitahuan itu berkuat kuasa 12 Mei lalu.
Terdahulu, rombongan Istana Negeri diketuai Abinan tiba di
kediaman peribadi Musa jam 11.05 pagi dan menunggu kira-kira 20 minit di luar
rumahnya untuk menyampaikan surat berkenaan, namun gagal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sejurus itu, rombongan berkenaan berjaya berjumpa dengan
Effendy untuk menyampaikan surat itu.
“Saya tidak akan membuka surat ini. Saya hanya menerima
dan akan disampaikan kepada yang berkenaan,” katanya kepada Abinan selepas
menandatangani borang penerimaan surat itu.
Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10
Mei malam setelah parti itu memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 31
kerusi Dun setelah bergabungan dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang
memperoleh dua kerusi.
Pada 12 Mei malam, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan),
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
ke-15 di Istana Negeri di sini dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN
dan Star selepas hilang majoriti mudah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh
majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam
Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada
Umno dan dua daripada Upko yang berpaling tadah kepada parti Warisan. -Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel