Connect with us

Berita Lain

Najib Bakal Didakwa: PM


TUN Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan
terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa
bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) semalam,
melaporkan Perdana Menteri tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi
mendapatkan kembali wang itu.
“Tidak akan ada rundingan,” kata Dr Mahathir seperti dipetik
dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi
The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut laporan Harian Metro, Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum
sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat
terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu,”
katanya.
Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta
dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang
penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam
daripada meninggalkan negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.
Menurut laporan WSJ, Dr Mahathir menjangkakan menerajui
pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.
Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin berusia 92 tahun itu
membayangkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara.
Anwar yang disabitkan kesalahan meliwat, dijangka dibebaskan
selepas mendapat pengampunan penuh.
Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata, Anwar akan
dibebaskan esok dan membayangkan Anwar mengetuai satu daripada parti yang
menjadi gabungan dalam parti pemerintah sebelum menjadi perdana menteri.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel