Connect with us

Berita Lain

Najib Kecewa Dengan Senior UMNO Yang Khianati Parti


PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan
beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan
bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya
umum.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)
berkata beliau tidak percaya individu-individu ini sanggup berbuat demikian
sedangkan mereka telah mendapat pelbagai manfaat daripada parti.

“Malangnya ada orang dapat macam-macam daripada UMNO,
jawatan tinggi, pendapatan yang kaya tapi sanggup dia tikam UMNO dalam
saat-saat macam ni,” katanya di hadapan 600 veteran badan bukan kerajaan di Sri
Kenangan di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang,
Datuk Seri Ishak Muhammad dan calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri
Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Seri Sh Puzi Sh Al.
Najib yang akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan berkata
beliau bagaimanapun ‘tabik’ kepada pemimpin-pemimpin veteran yang hadir pada
majlis berkenaan kerana mesra dengan parti sejak beliau menjadi anggota
Parlimen Pekan dari tahun 1976.
“Tuan-tuan dan puan-puan tak dapat apa-apa, adalah dapat
ikut rezeki masing-masing tetapi saya tabik kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan
semua, tuan-tuan dan puan-puanlah pejuang sejati yang kasih dan sayang kepada
UMNO dan BN,” katanya.
Najib turut mengimbau kenangannya bersama beberapa pemimpin
veteran parti yang turut hadir hari ini sewaktu beliau memulakan kariernya
dalam politik selepas pulang daripada mengikuti pengajian di United Kingdom
pada usia 27 tahun.
Beliau berkata hubungannya dengan pemimpin-pemimpin veteran
di sini begitu mendalam, dan dengan hubungan inilah, beliau yakin akan terus
menjadikan kawasan Parlimen Pekan sebagai bumi BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Dari sinilah, di Kampung Langgar dan Kampung Jambu inilah
semuanya bermula. Saya tak akan meninggalkan perjuangan (ayahanda) Allahyarham
Tun Razak Hussein, dalam apa jua keadaan.
“Sebab memang kalau nak cerita sejarah saya di Pekan sejak
1976, selepas Allahyarham Tun Razak kembali ke rahmatullah, perjalanan
sepanjang 42 tahun ini tentu banyak cerita suka dan duka, kenangan manis,
hubungan peribadi dan hasil perjuangan kita bersama sejak dahulu.
“Saya nak nyatakan terus terang, walaupun saya duduk di
kerusi perdana menteri di Putrajaya saya tak mungkin memegang jawatan tertinggi
dalam kerajaan dan parti kalau tuan-tuan dan puan-puan tak sokong saya sejak 42
tahun lalu,” katanya.
Najib berkata pengalamannya sewaktu belajar dan memulakan
kerjaya politik telah membentuknya menjadi seorang pemimpin yang cekal dan
tidak mudah menyerah kalah. “Jadi kalau sesiapa pun cuba menumbangkan saya, dia
tak tahu dalam diri saya ada semangat kekuatan dan ketahanan yang telah diuji
sejak kecil,” katanya.
Perdana menteri dalam pada itu turut menyeru para veteran
yang hadir, supaya memujuk anak-anak masing-masing yang pulang ke kampung
halaman untuk keluar mengundi esok dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional
yang telah banyak berjasa kepada negara.
“Harapan saya sudah tentu kita nak teruskan perjuangan kita
sebab agenda dibawa pemimpin dahulu belum tamat. Berkat sokongan tuan-tuan,
esok mudah-mudahan kita akan kibarkan bendera BN bukan sahaja di Pekan tetapi
di Putrajaya,” tambahnya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel