Connect with us

Berita Lain

Najib Kecewa Geledah Rumah Ambil Masa Lama


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Razak,
terkilan kerana polis ambil 20 jam untuk geledah kediaman peribadinya di Jalan
Langgak Duta, Taman Duta, di sini sehingga hari pertama ibadah puasa terganggu.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, yang baru saja
selesai menemui anak guamnya, berkata polis hampir selesai menggeledah kediaman
itu dan hanya menunggu untuk membuka kunci peti besi berusia 20 tahun yang
terletak di tingkat pertama rumah banglo berkenaan.
Katanya, polis mengambil masa untuk menyelesaikan serbuan
selama 20 jam itu kerana mereka cuba memecahkan peti keselamatan berkenaan.
Difahamkan, kunci peti besi itu hilang selama bertahun-tahun dan tiada barang
berharga di dalamnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka kini cuba membuka peti besi dengan menggerudi
dan kaedah lain, dalam masa sama mereka menggeledah seluruh rumah,”
katanya.
Harpal berkata, pihak polis pada mulanya berjanji untuk
meninggalkan kediaman itu selepas mengambil tiga kotak barang seperti pakaian,
hadiah dan beg tangan kira-kira jam 5 pagi.
Namun, tambah beliau, pihak polis masih menjalankan beberapa
pemeriksaan sehingga jam 8.30 pagi apabila tiba-tiba mereka mengerahkan pasukan
untuk membuka peti keselamatan.
“Mereka cuba membuka peti besi tetapi tidak berjaya
jadi mereka mula menggerudi sehingga jam 5 pagi,” katanya sambil menambah
bahawa proses itu menyebabkan gangguan dan bunyi bising kepada keluarga Najib
serta jiran.
“Anak guam saya ternyata kecewa dengan apa yang berlaku
sejak jam 5 pagi tadi, pencarian yang dilakukan di premis dan barangan yang
disita setakat ini kelihatan tidak penting.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kehadiran pegawai polis di kediaman secara berterusan
dan penggerudian peti keselamatan menyebabkan gangguan yang tidak wajar serta
tekanan perasaan kepada anggota keluarga Najib, kakitangan serta individu lain
dalam kediaman itu selain mewujudkan imej buruk kepada anak guam saya,
“katanya.
Tambah Harpal, serbuan yang dilakukan pada malam Ramadan itu
menyebabkan kesulitan kepada keluarga dan kakitangan Najib, menafikan mereka
hak untuk melaksanakan kewajipan agama mereka untuk berbuka puasa dalam suasana
tenang pada hari pertama.
“Anak guam saya bersetuju untuk meneruskan kerjasama
sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi gangguan itu kini berlanjutan
selama hampir 18 jam,” katanya yang turut diiringi seorang lagi peguam
mewakili Najib, Hasnal Rezua Merican.
Penutupan jalan masuk menuju ke kediaman Najib turut
menimbulkan ketidakselesaan kepada jiran yang menggunakan jalan berkenaan
setiap hari .
Terdahulu, pada kira-kira jam 2.40 petang tadi, dua lelaki
dipercayai tukang kunci termasuk seorang dengan beg hitam tergalas di bahunya,
dilihat memasuki rumah Najib.
Difahamkan, tukang kunci itu dipanggil pihak polis selepas
pasukan serbuan yang menemui peti besi gagal membukanya.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel