Connect with us

Berita Lain

Najib Kesal Barangan Peribadi Pun Disita


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan
tindakan pihak berkuasa yang menyita barangan peribadi di dua unit kediaman
keluarganya secara melulu.
Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kondominium
pertama didiami anak lelakinya, Norashman Najib dan yang kedua didiami anak
perempuannya, Nooryana Najwa atau Gina serta keluarga.
“Dalam serbuan pertama di kondominium yang didiami Ashman,
polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba
milik pembantunya, manakala, dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, Ipad dan
komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan
kerja oleh Ashman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika serbuan dijalankan di kondominium Gina, hanya
pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan yang mengejutkan
kerana barangan sitaan adalah milikan peribadi yang dibeli atau dihadiahkan
kepadanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
Kelmarin polis menyerbu dua kondominium Menara A, Pavilion
Residences Jalan Raja Chulan.
Harpal berkata, turut mengejutkan adalah sitaan hadiah
perkahwinan milik Gina tanpa cubaan mengenal pasti jenis barangan sebelum
dirampas.
“Tambah mengejutkan sitaan beberapa pasang kasut dan pakaian
bayi yang dibeli untuk anak mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Namun, Najib dan keluarganya akan terus memberi kerjasama
kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.
“Selain itu, publisiti meluas berkenaan sitaan itu yang
kebanyakannya adalah barang peribadi milik anak Najib sudah memalukan
keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Ashman dan Gina sudah hadir ke Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial untuk permohonan barangan sitaan dipulangkan semula
secepat mungkin bagi mengelakkan penghinaan dan tekanan terhadap keluarga.
“Tiada bukti relevan dalam sitaan itu,” katanya.

– Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel