Connect with us

Berita Lain

Najib Tinggalkan Ibu Pejabat SPRM, Kembali Beri Keterangan Khamis Ini


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat sini kira-kira
pukul 3.15 petang selepas disoal siasat selama beberapa jam pada Selasa.
Dalam komen ringkasnya kepada media, Najib berkata beliau
akan kembali untuk disoal siasat lebih lanjut pada Khamis, lapor mStar Online.
Keterangan Najib direkodkan pada Selasa berhubung siasatan
terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development
Bhd (1MDB).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull berkata bekas perdana menteri itu tidak akan ditahan, sebaliknya
kenyataannya akan direkodkan sebelum sebarang tindakan boleh diambil.
Dalam sidang media terdahulu, Shukri berkata SPRM akan mengambil
keterangan dua orang saksi berkaitan SRC International dan 1MDB.
Jumaat lepas, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah
Najib di Taman Duta di Kuala Lumpur untuk menghantar notis meminta Anggota
Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu
siasatan kes berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri
Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah
dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel