Connect with us

Berita Lain

Najib Yakin BN Boleh Menang Besar Pada PRU14


PEKAN: Selepas seminggu berkempen, Datuk Seri Najib Tun
Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan yang
lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu depan.
Perdana Menteri berkata ia berdasarkan tinjauan beliau
semasa singgah di beberapa negeri serta daripada taklimat pemimpin UMNO di
setiap tempat yang dilawatinya sejak kempen PRU14 bermula selepas hari penamaan
calon, Sabtu lalu.
Beliau berkata ini termasuk mempertahankan kerusi Parlimen
Kepala Batas dan Tasek Gelugor di Pulau PInang yang dilawatinya pagi ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas itu saya terbang ke Ipoh dan berkereta ke
Sungai Siput, dalam dewan itu boleh dikatakan sesak dengan orang sehingga tak
cukup kerusi untuk duduk, dan orang terpaksa berdiri, laluan jalan kaki pun
penuh dengan penyokong dan saya diberitahu di sini kita ada peluang baik untuk
rampas semula.
Insya-Allah kalau ini berlaku kita boleh menang besar dengan
syarat semua kerusi yang kita ada, kita dapat pertahankan,” katanya di
majlis santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peramu Jaya, di
sini, malam ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon BN
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Mohamed
Puzi Sheikh Ali.
Najib, yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi
Parlimen Pekan, berkata beliau begitu terangsang dengan perkembangan terbaru
berkenaan.
“Tanggungjawab saya sebagai Pengerusi BN sudah tentu
merentasi seluruh negara kita dari Perlis sampai ke Sabah, dan sudah tentu yang
berlegar dalam kepala saya bukan sahaja keadaan di Pekan tetapi bagaimana kita
boleh capai bilangan kerusi yang cukup untuk tubuh kerajaan yang kuat,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata beliau juga tidak mengambil peduli
berita-berita yang dimuatkan pembangkang di media sosial kerana kebanyakkan
adalah berita palsu, menggambarkan kononnya mereka mempunyai penyokong yang
kuat.
Dakwanya, salah satu taktik pembangkang adalah membawa
pengundi dari luar untuk mendengar ceramah mereka.
“Saya difahamkan mereka bawa pengundi dari luar lepas
itu ambil gambar dan dimuatkan dalam media sosial bahawa inilah kekuatan
mereka, ini taktik mereka.
“Saya nak beritahu kita tak guna taktik itu, kita guna
pengundi tempatan sahaja dari situ kita dapat lihat kekuatan kita, dan memang
kita ada kekuatan tempatan,” katanya.
Tambahnya, BN tidak perlu menggunakan permainan persepsi
sedemikian untuk menipu atau memberi gambaran palsu kepada pengundi.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel