Connect with us

Berita Lain

Noh Yakin BN Rampas Selangor


TANJONG KARANG — Barisan Nasional (BN) Selangor mengulangi
keyakinan bahawa parti itu akan merampas Selangor daripada pembangkang dengan
memenangi 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, keyakinan itu dibuat
berdasarkan respon positif daripada pengundi yang diterima pihaknya sepanjang
lima hari berkempen.
“Tumpuan parti kali ini bukan pada ceramah atau kempen
besar sebaliknya berfokas kepada kempen bersemuka dengan mencari di mana
keberadaan pengundi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Strategi ini kita lihat berjaya apabila DUN yang
sebelum ini dikategorikan sebagai ‘hitam kelabu’ bertukar kepada ‘kelabu’ dan
‘kelabu putih’ kepada ‘putih’,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) Ujung Permatang di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek.
Mengulas lanjut, Noh berkata pengundi Cina turut dilaporkan akan
beralih kepada BN pada pilihan raya umum kali ini berikutan keyakinan mereka
terhadap parti itu dan kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai projek
pembangunan yang mengutamakan kebajikan rakyat.
“Tsunami Cina memang telah dua kali berlaku pada PRU sebelum
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Namun, kali ini nampaknya pengundi Cina sudah boleh
kembali kepada BN selepas mendapati BN merupakan parti yang sentiasa komited
menjaga kebajikan semua kaum termasuk kaum Cina,” katanya.
Dalam pilihan raya 2008, BN buat pertama kalinya terlepas
Selangor ke tangan pembangkang apabila hanya menang 20 daripada 56 kerusi DUN.
BN gagal merampas Selangor dalam pilihan raya 2013 setelah
kehilangan lapan lagi kerusi DUN.
–BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel