Connect with us

Berita Lain

Peguam Minta Jamal Tampil Selesai Proses Ikat Jamin


SUNGAI BESAR – Peguam meminta Ketua Umno Bahagian Sungai
Besar, Datuk Seri Jamal  Md Yunos
menghubunginya segera atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya
bagi menyempurnakan proses ikat jamin.
Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, beliau percaya polis akan
memberikan kerjasama dan bantuan sewajarnya tanpa perlu ada sebarang tangkapan.
“Saya memohon kemaafan kepada semua terlibat
terutamanya pihak polis, mahkamah dan hospital dalam kes in,” katanya
dalam kenyataan medianya pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Imran turut memohon bantuan rakan-rakan agar dapat
membantu kumpulan peguam dan pihak polis mengesan Jamal agar proses ikat jamin
tersebut dapat disempurnakan tanpa sebarang implikasi terhadap mana-mana pihak.


“Saya percaya mungkin berlaku sedikit ‘miscommunication’
(salah faham) dan anak guam kami beranggapan proses ikat jamin tersebut telah
sempurna.
“Ini adalah pengalaman pertama beliau dalam menghadapi
situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah,” katanya.
Mohd Imran yang juga Adun Sungai Panjang berkata, beliau
percaya, kehilangan Jamal itu  adalah kes
kekhilafan tanpa sebarang niat melakukan apa-apa jenayah termasuk niat untuk
lari dari tahanan.
“Saya khuatir beliau dalam keadaan trauma atau tekanan
kerana situasi dan keadaan ini adalah sesuatu yang baru untuk beliau,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya,  ketika
kumpulan peguam membantu proses ikat jamin, anak guam mereka telah keluar dari
wad sebelum proses tersebut sempurna dan gagal mendapatkan Jamal, petang
semalam, untuk melengkapkan proses ikat jamin.
“Saya bersama dengan rakan-rakan bijaksana saya yang
lain telah dibawa ke IPD Ampang Jaya pada jam lebih kurang 5 petang untuk
membantu polis mengesan dan mendapatkan anak guam kami bagi melengkapkan proses
tersebut mengikut aturan dan prosedur yang sepatutnya.
“Setelah hampir lebih 10 jam usaha untuk mendapatkan
beliau gagal, kami telah dibenarkan pulang untuk terus membantu pihak polis
bagi menyelesaikan proses tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Jamal dikatakan tiada di bilik wad, Hospital
Pakar Ampang Puteri, petang semalam, namun peguam dan penjaminnya masih berada
di hospital berkenaan.
Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat
awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan
di hospital sama sekitar jam 10.45 pagi, semalam.
Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar
Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang hari sama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel