Connect with us

Berita Lain

“Peguam Negara Kita Berikan Dia Cuti…” – PM


PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
akan direhatkan daripada tugasnya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
pada Isnin.
Kata beliau, peranan itu akan diambil oleh peguam cara
negara sebagai seseorang yang mempunyai kuasa dan boleh menjalankan tugas
peguam negara.
“Kedudukan peguam negara ni susah sikit sebab beliau
baru diberi kontrak baharu. Kita perlu ikut undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada masa ini, soal penggantungan jawatan ini
memerlukan beberapa tindakan… sebab itu kita nak beri dia cuti. Sementara dia
bercuti, peguam cara negara boleh jalankan tugas dia,” katanya pada sidang
media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Isnin.
Jelas perdana menteri, banyak tuduhan yang dilemparkan
kepada Mohamed Apandi tetapi buat masa ini masih belum ada laporan rasmi dibuat
terhadapnya .
Oleh itu, laporan polis harus dilakukan terlebih dahulu
sebelum siasatan boleh dijalankan ke atasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada masa siasatan dibuat, tindakan boleh diambil
untuk menjalankan sekatan ke atasnya termasuk sekatan keluar dari negara.
“Dia diberikan cuti berdasarkan laporan tidak rasmi
itu,” kata Dr Mahathir.
Mohamed Apandi dilaporkan memulakan tugas seperti biasa pada
Isnin, hari kerja pertama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan
susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu lalu.
“Ya, saya. Saya berada di pejabat sekarang menjalankan
tugas seperti biasa,” kata Peguam Negara itu ketika ditanya sama ada
beliau lapor diri di pejabatnya.

– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel