Connect with us

Berita Lain

Perdana Menteri Yang Mengejar Masa


Kembali menjadi perdana menteri buat kali kedua, Tun Dr
Mahathir Mohamad kini sedang mengejar masa.
Dalam wawancara bersama Financial Times, beliau menyuarakan
harapannya untuk melakukan sebanyak mana yang boleh dalam baki usianya.
“Tak lama lagi saya 93 tahun…saya akan cuba mencapai
sebanyak yang mungkin dengan sedikit masa yang diberi kepada saya,”
katanya seperti dipetik.
Kali pertama beliau menjadi perdana menteri adalah pada 1981
hingga 2003.
Pada 2016, ketika berusia 91 tahun, beliau kembali daripada
persaraan untuk mengetuai Pakatan Harapan (HARAPAN) dan menumbangkan parti yang
pernah dipimpinnya pada PRU ke-14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ia merupakan kali pertama dalam sejarah, menamatkan
pemerintahan BN selama 61 tahun.
selain kerisauan berkaitan kesihatan dan usia, Mahathir juga
sudah berjanji untuk menyerahkan kedudukan perdana menteri kepada Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa “dua atau tiga tahun”.
Pada 1998, Anwar yang merupakan pengganti Mahathir telah
dipecat dan kemudiannya dipenjarakan.



Dalam wawancara itu, Mahathir mengulang kembali komitmennya
untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar pada kali ini, namun berkata bekas
timbalannya itu perlu bersabar.
“Saya fikir dia bukan lagi lelaki yang sama
sekarang…dia sedar perkara tidak akan semudahnya bergerak seperti yang anda
mahukan.
“Jadi dia perlu lebih bersabar,” kata Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebaik dibebaskan dan diberi pengampunan 16 Mei lalu, Anwar
telah menegaskan beliau menyokong pentadbiran Mahathir dan tidak tergesa-gesa
untuk menyertai kerajaan, dan akan meluangkan masa antaranya bersama keluarga
dan memberi syarahan di universiti di luar negara.

Dalam pada itu, Mahathir percaya keputusan rakyat Malaysia
pada 9 Mei lalu akan memberi inspirasi kepada warga Singapura yang juga berada
bawah pemerintahan parti yang sama sejak merdeka.

“Saya fikir sama seperti rakyat Malaysia, warga
Singapura juga bosan dengan kerajaan dan parti yang sama sejak merdeka.”
Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudah mentadbir negara itu
selama 59 tahun, sejak pilihan raya umum pertamanya pada 1959.

Dalam wawancara itu, Financial Times menyebut Mahathir
sememangnya suka memberi kritikan tajam kepada negara jiran itu.
Sepanjang 22 tahun pentadbirannya, hubungan antara Malaysia
dengan Singapura – dan Mahathir dengan Lee Kuan Yew – tidak selalunya tenang.
Dalam satu wawancara sebelum PRU, beliau menafikan bersikap
berseteru dengan Singapura tetapi berkata beliau dan mendiang perdana menteri
pertama Singapura itu berkongsi pendekatan serupa – iaitu sentiasa bertegas
dalam mempertahankan kepentingan negara masing-masing.
Semalam, Mahathir mengesahkan rancangan untuk membatalkan
projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang
dimulakan kerajaan BN, dalam usaha mengurangkan hutang negara.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel