Connect with us

Berita Lain

PM: ‘K’jaan Akan Capai Matlamat Tanpa Tingkat Kos Pentadbiran’

Foto: BH Online

Kerajaan tidak akan menambah pegawai atau menubuhkan
institusi baru untuk mencapai matlamat negara, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, beliau berkata institusi sedia ada akan digunakan
sepenuhnya dengan lebih efisien tanpa meningkatkan kos negara.
“Kita yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada pada
pentadbir sendiri dan kerajaan yang telah dipilih sendiri oleh rakyat, kita
boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatkan kos pentadbiran negara,”
katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana
Menteri (JPM) di Dataran Putra, Putrajaya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ini adalah perjumpaan pertama Dr Mahathir yang juga
Pengerusi Pakatan Harapan dengan warga JPM selepas dilantik sebagai perdana
menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan pakatan itu pada Pilihan
Raya Umum ke-14.
Perdana Menteri berkata pelbagai perubahan dalam pentadbiran
akan dilaksanakan namun ia hanya akan dilakukan setelah dikaji secara mendalam
memandangkan maklumat yang ada ketika ini belum mencukupi.
Dr Mahathir berkata Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran
jika terus berpegang pada prinsip-prinsip pentadbiran demokrasi.
“Kita boleh lawan seluruh dunia dan ini telah kita
buktikan apabila mata wang kita diserang (krisis kewangan 1997/1998), kita
dapat hadapi masalah yang besar ini kerana kita bekerja ke satu arah sahaja
(iaitu) untuk mempertahankan negara kita,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Katanya, Malaysia juga berjaya diubah daripada negara
pertanian kepada negara perindustrian tanpa timbul banyak masalah besar.
Bagaimanapun kata beliau selaku negara perindustrian, Malaysia
memerlukan pentadbir yang mempunyai pengetahuan luas bagi menangani
permintaan-permintaan berasaskan teknologi baharu yang tinggi.
“Jika kita tidak faham teknologi ini maka kita tidak
dapat memberi perkhidmatan kepada pelabur-pelabur. Sebab itu kita perlu
meningkatkan keupayaan dan ilmu pentadbir-pentadbir khususnya di JPM,”
kata Dr Mahathir.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel