Connect with us

Berita Lain

PM: Kurang Perkauman Di Atas, Masih Tebal Di Bawah


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan
baru yang diketuainya terdiri daripada pemimpin yang kurang memiliki sikap
perkauman.
Bagaimanapun, di peringkat bawahan, Mahathir berkata
sentimen perkauman masih wujud walaupun telah berlaku perubahan dalam kerajaan.
“Di peringkat tertinggi, kurang perkauman dalam
kerajaan ini. Tetapi di peringkat bawah, perasaan perkauman masih sangat
kuat,” katanya dalam temu bual dengan Financial Times.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahathir, yang pernah memimpin Umno dan BN selama 22 tahun
memutuksna keluar daripada parti itu pada 2016 selepas tidak berpuas hati
dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, lapor Malaysiakini.
Beliau mengetuai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan
(HARAPAN) yang kemudian berjaya mengakhiri penguasaan Umno dan BN selama 61
tahun pada pilihan raya umum ke-14.
Sebelum itu Malaysia tidak pernah menyaksikan perubahan dalam
kerajaan sejak negara merdeka.
Umno sekian lama memberi amaran kepada pengundi bahawa
kekalahan BN akan melemahkan hak keistimewaan orang Melayu Islam, walaupun
disangkal berulang kali oleh HARAPAN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun, Mahathir sendiri mengetuai parti berasaskan kaum
dengan membentuk Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Beliau berhujah langkah menjadikan BERSATU sebagai parti
berasaskan bumiputera adalah perlu bagi meyakinkan kaum Melayu agar beralih
sokongan daripada Umno.
Tiga lagi rakan HARAPAN iaitu DAP, PKR dan AMANAH adalah
parti berbilang kaum.
Pada pilihan raya ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, HARAPAN dan
sekutunya Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi 121 kerusi daripada 222
kerusi Parlimen.
Gabungan itu kini mempunyai 125 kerusi Parlimen setelah tiga
anggota parlimen bebas memihak kepada PKR manakala Upko meninggalkan BN dan
berpihak kepada WARISAN.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel