Connect with us

Berita Lain

PM Najib Puji Felcra Sedia Rumah Kondusif Belia


KUALA LIPIS – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menzahirkan penghargaan kepada Felcra Berhad atas inisiatif
membangunkan projek Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk golongan belia di
kawasan luar bandar.

Penghargaan itu dinyatakan Najib semasa sesi taklimat
pembangunan projek itu bersama pengurusan tertinggi Felcra Berhad di tapak projek
Rumah BN di Tanjung Gahai di sini, kata Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal
Peserta (Felcra Berhad) Mohd Fauzi Mohd Tahir.
Katanya perdana menteri menyifatkan ia sebagai satu peluang
besar kepada generasi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai itu
untuk memiliki rumah dan inisiatif itu juga dapat mengurangkan penghijrahan
orang muda ke bandar semata-mata untuk memiliki rumah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perdana menteri kata ia bagus untuk orang muda, selain
mampu milik ia juga sangat kondusif untuk didiami,” katanya pada sidang media
sejurus perdana menteri beredar daripada majlis itu.
Menurut Mohd Fauzi, perdana menteri yang memahami aspirasi
anak muda juga berharap projek Rumah BN itu dapat disiapkan dalam tempoh 24
bulan seperti disasarkan.
Selepas sesi taklimat itu, Najib menyertai kira-kira 300
penduduk menikmati minum petang yang disediakan penganjur.
Perdana menteri turut meninjau tapak projek pembinaan 50
unit Rumah BN itu di kawasan seluas 5.5 hektar di sini sebelum meninggalkan
majlis itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata pembinaan rumah satu
tingkat tiga bilik berkeluasan 750 kaki persegi seunit itu akan dimulakan Ogos
ini selepas urusan berkaitan kelulusan pembinaan dimuktamadkan.
Ini merupakan projek kedua Rumah BN di Pahang selepas
pembinaan 140 unit rumah sama di Sri Makmur, katanya.
Diilhamkan oleh Najib, Rumah BN yang dibangunkan Felcra
Berhad bermatlamat menyediakan rumah mampu milik yang selesa, kondusif dan
dilengkapi infrastruktur moden bagi mengekalkan golongan belia di desa. –
BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel