Connect with us

Berita Lain

PM Panggil Orang Lama Masuk SPRM Semula?


SIAPA yang akan menjadi kepercayaan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM)?
Persoalan ini pasti 
terjawab pagi nanti apabila Mahathir akan mengumumkan nama siapa yang
akan menduduki kerusi panas ini.

Masakan tidak, sehari selepas angkat sumpah selaku perdana
menteri, Mahathir terus mengumumkan akan melakukan tindakan drastik terhadap
tiga jawatan utama negara.
Selain SPRM  diketuai
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, antara dalam radar perdana
menteri berusia 93 tahun itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Peguam
Negara (AG).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

SPR dipengerusikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, manakala
AG, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Desas-desus ini menjadi lebih panas apabila Dzulkifli
melepaskan jawatannya pagi semalam selepas menghantar surat kepada Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Dzulkifli akan kembali ke Jabatan Peguam Negara, penempatan
asal sebelum dipanggil berkhidmat di SPRM.
Dalam sidang media semalam, Mahathir berkata beliau sendiri
telah menemui beberapa individu bakal dicalonkan bagi jawatan itu.
“Saya akan umumkannya pagi esok,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Penulis difahamkan terdapat empat nama telah disenarai
pendek Mahathir, tiga daripadanya dikatakan telah berjumpa perdana menteri hari
ini.
Manakala bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim
Mohamed juga dikatakan  disenarai pendek.
Ini kerana nama Abu Kassim pernah disebut perdana menteri
dan akan dipanggil berjumpa dengannya pada Khamis ini kerana kini berada di
luar negara.
Mahathir lebih selesa dengan mereka yang pernah menyiasat
kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International yang
meminjam wang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk mengendalikan
agensi anti rasuah negara itu.
Ketika itu krisis 1MDB berlaku, Timbalan Ketua Pesuruhjaya
SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Siasatan SPRM adalah Datuk Seri
Mustafar Ali.
Mustafar kini diangkat menjadi Ketua Pengarah Imigresen
ketika era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Seorang lagi dianggap penting dalam penyiasatan ini adalah
Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Adakah mereka sesuai dikembalikan mengetuai SPRM yang satu
ketika dahulu ada antara merwka dikeluarkan dengan cara terhormat kerana
‘bersungguh-sungguh’ menyiasat skandal 1MDB.
Tidak mustahil untuk dikembalikan kerana Abu Kassim masih
lagi penjawat awam kerana beliau ditukarkan sebagai tenaga pakar ke Universiti
Teknologi Mara (UiTM).
Beliau masih lagi dikatakan mempunyai kad kuasa SPRM.
Mustafar masih lagi penjawat awam seperti Abu Kassim, cuma
Shukri dan Bahri telah bersara awal.
Bagaimanapun jika Mahathir mahu khidmat mereka semula, ia
bukan halangan, mereka boleh diserapkan sebagai kakitangan kontrak.
Sebagaimana AG penjawat awam lantikan kontrak dan Ketua
Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad pula dilantik semula selepas bersara
dengan jawatan terakhir ketua setiausaha kementerian pendidikan.
Jadi siapa akhirnya akan menjadi pilihan Mahathir, adakah
orang lama ini akan dikembalikan semula ke SPRM?
Ketika penulis menghubungi sahabat lama di SPRM, mereka
tidak sabar jika persoalan ini benar.
Orang lama dikembalikan, nantikan kegemilangan SPRM!



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel