Connect with us

Berita Lain

PM Umum Bonus Aidilfitri

Foto: Kosmo



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bonus bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.


Beliau memaklumkan pembayaran bantuan Aidilfitri akan diberikan sejumlah RM400 bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah manakala RM200 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

“Pada mesyuarat Kabinet kali kedua hari ini, dalam tempoh seminggu kita temui banyak lagi masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hal demikian peruntukan kewangan perlu diuruskan dengan lebih berhati-hati supaya dapat mengurangkan kos pentadbiran, bukan kita sengaja tetapi kita kurangkan perbelanjaan membazir tanpa menjejaskan pentadbiran negara, namun kerajaan berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Bagaimanapun katanya, meskipun negara berdepan masalah kewangan yang runcing namun masih ada berita baik buat penjawat awam dengan bantuan Aidilfitri, lapor Sinar Harian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Penjawat awam bergred 41 dan ke bawah akan menerima bantuan RM400 manakala pesara kerajaan akan mendapat RM 200, ini termasuk juga saya,” ujarnya.

Selain itu, Mahathir turun mengumumkan diskaun 50 peratus tol bagi semua jajaran lebuhraya seluruh negara untuk tempoh dua hari sebelum hari raya Aidilfitri.

“50 peratus diskaun tol akan diberikan kepada semua pengguna lebuhraya, dua hari sebelum raya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel