Connect with us

Berita Lain

Polis Nafi Serbu Apartmen Mewah Dikaitkan Keluarga Najib


Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa
pasukan polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di Kuala
Lumpur petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik
isteri bekas perdana menteri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata
pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima
laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tengah hari
semalam.
“Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan
siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya
melakukan serbuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah
palsu dan tidak benar,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan
beberapa anggota polis bantuan di apartmen itu bagi membantu siasatan mengenai
dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan
Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.
Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita
palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber
polis yang dipetik dalam laporan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira
20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu petang semalam
susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.
Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati kira-kira 10
petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi bagi
membuat liputan. -Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel