PPBM Perak Tolak Jamaluddin Radzi

0
52



IPOH –  Permohonan
keahlian bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam Bersatu ditolak.

Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara
itu diputuskan selepas mengambil maklum semua asas kukuh termasuk rundingan
dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri, lapor Sinar Harian.

“Permohonan beliau untuk menyertai Bersatu telah ditolak
tanpa rundingan, keputusan ini diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan
sesiapa sahaja dalam Pakatan Harapan khususnya di Perak akan dibawa untuk
pertimbangan yang tegas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini kita lakukan agar segala episod duka rakyat tidak
berulang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Semalam, beberapa pimpinan Umno Negeri diketuai Adun Sungai
Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin umum letak jawatan dan isytihar menyertai
Bersatu.
Turut menyerahkan borang keahlian adalah Jamaluddin yang
mendapat pelbagai reaksi ahli dan pimpinan Harapan selepas dikaitkan dengan
kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009 lalu.
Jamaluddin pada 2008 menang di Dun Behrang atas tiket PKR,
namun dalam krisis politik
Perak 2009, beliau bersama Adun Changkat Jering, Osman Mohd
Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Fong bertindak mengisytiharkan diri sebagai
Adun Bebas dan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan baharu di Perak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Faizal yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
Perak, Sabtu lalu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan akan tetap mempertahankan
prinsip bahawa kemasukan kalangan pimpinan Umno yang beralih sokongan ke parti
itu terutama Bersatu, tidak menjejaskan pentadbiran politik negeri.
“Kita meraikan sokongan yang diberikan, penyertaan mana-mana
individu tidak menjadi asas kepada sebarang bentuk penawaran jawatan mahupun
tempat dalam setiap posisi pentadbiran politik di Negeri Perak,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Keadilan Perak, Siti Aishah
Shaik Ismail dalam atau sidang media berkata, pihaknya memandang serius setiap
perkara agar ia tidak membantutkan usaha baik kerajaan negeri.
“Kita meraikan penyertaan mana-mana pihak akan tetapi
tapisan kepada penyertaan ini sebaiknya dibuat dengan merujuk kepada Majlis
Pimpinan Pakatan Harapan Negeri.
“Mereka yang ada kaitan dengan sejarah hitam tidak perlulah
untuk diambil semula, kita tidak mahu sejarah 11 bulan (kerajaan Pakatan
Rakyat) berulang lagi,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here