Connect with us

Berita Lain

Prestasi BERSATU Terjejas Kerana ‘Penipuan’ SPR, Dakwa Dr M

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: Berita Harian

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “penipuan” oleh
badan pengendali pilihan raya menyebabkan ada calon Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) kalah dalam PRU ke-14 lalu.
Menurut perdana menteri beliau menerima laporan mengenai isu
berkenaan semasa mesyuarat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
“Kami dapat laporan-laporan berkenaan kes penipuan yang
dilakukan oleh SPR yang menyebabkan beberapa calon BERSATU kalah.
“Ada setengahnya dah menang (dalam kiraan undi),
tiba-tiba datang peti-peti undi lain, dan dengan peti undi lain itu pula kami
kalah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam kes lain pula, kata Dr Mahathir, ada kes undi rosak
melihatkan jumlah sehingga ratusan.
“Ada sampai 700 hingga 800 undi rosak.
“Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat (kerana
tidak tahu mengundi sehingga kertas undi dianggap rosak).
“Itulah sebabnya prestasi kita (BERSATU) tidak begitu
baik walaupun kita masih gembira kita menang dalam PRU ini,” katanya.
Sebelum itu Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU
menghadiri mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan bermula jam 3
petang.
Kata Dr Mahathir isu berkenaan bukan saja menjejaskan
kemenangan BERSATU malah parti lain dalam Pakatan Harapan.
Justeru katanya BERSATU sedang meneliti kes berkenaan untuk
dipertimbangkan bagi tindakan selanjutnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya sama ada kerajaan akan menyiasat Tan Sri Mohd Hashim
Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau difahamkan pengerusi SPR berkenaan mahu
meletakkan jawatan.
“Jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, tindakan
akan diambil mengikut undang-undang,” katanya.

Sementara itu Dr Mahathir memberitahu BERSATU menerima
banyak permohonan untuk menyertai parti itu selepas PRU ke-14, termasuk di
kalangan anggota Umno.
Menyedari kemungkinan ada pihak yang mahu mengambil
kesempatan dan amaran sesetengah pihak yang meminta HARAPAN berhati-hati, Dr
Mahathir berkata permohonan berkenaan akan diterima selepas individu terbabit
memenuhi syarat ditetapkan.
“Untuk orang Umno, BERSATU putuskan mereka boleh
menyertai parti ini selepas mereka mengisytiharkan keluar dari Umno dan menjadi
bebas, kemudian nyatakan pendirian terhadap kerajaan HARAPAN, barulah kami
boleh pertimbang untuk menjadi ahli,” katanya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel