Connect with us

Berita Lain

Proses Kira Wang Tunai Belum Selesai



SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
mengesahkan pengiraan wang tunai terdiri daripada pelbagai mata wang yang
dirampas dari Pavilion Residences minggu lepas dipercayai bernilai lebih RM10
juta, masih berterusan.

Memetik laporan The Star, Mohamad Fuzi berkata, polis juga
akan memanggil lebih ramai saksi untuk siasatan jika ada keperluan.
“Polis mesti diberi masa untuk menyiasat perkara itu,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Akhbar berbahasa Inggeris itu turut memetik sumber yang
berkata, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman masih
mengira barangan yang disita dengan bantuan dari agensi lain, termasuk Bank
Negara.
“Ia melibatkan banyak mata wang berbeza, jadi prosesnya agak
lama. Anggota polis juga mesti mencatatkan setiap wang kertas yang dirampas,”
kata sumber itu.
Mengenai laporan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang mengatakan bahawa beliau takut dengan ancaman terhadap hidupnya dan
keluarganya, Mohamad Fuzi berkata, polis telah meletakkan kakitangan yang cukup
untuk keselamatannya.
“Kami telah dan akan sentiasa memastikan keselamatan semua,
termasuk bekas perdana menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Jika ada keperluan untuk meningkatkan keselamatan, kami
akan mempertimbangkannya,” katanya.
Jumaat lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 72 beg
berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga di sebuah
kondominium mewah di sini, dipercayai berkaitan dengan Najib dalam siasatan kes
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
berkata, selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai
jenama mewah turut dirampas dari tiga buah unit kediaman di kondominium
tersebut di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel