Connect with us

Berita Lain

PRU14 Bukan Waktu Untuk Bersuka-Suka


KUALA LIPIS – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ini) bukan satu tempoh untuk
rakyat bersuka ria, tetapi merupakan waktu penting untuk mereka menilai dan
memilih sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi mewakili suara
mereka.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata,
dalam hal ini sebuah kerajaan yang kuat adalah penting agar pentadbiran negara
dapat diteruskan tanpa apa-apa gangguan.

“Bila ada PRU bukan soal nak suka-suka, masa ini kita nak
pesta lawan bendera ke apa ke.
“Jangan lupa matlamat kita untuk membentuk kerajaan di
peringkat negeri dan nasional,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Balai
Bomba dan Penyelamat yang baharu di Sungai Koyan, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob,
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Datuk Amer Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Jelai.
Hadir sama calon BN bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands
Datuk C. Sivarraajh dan DUN Tanah Rata Leong Tack Mun.
Dalam hal ini, Najib yang juga calon BN bagi mempertahankan
kerusi Parlimen Pekan menarik perhatian bahawa BN berbanding pembangkang
mempunyai perikatan yang kuat dengan parti-parti komponen itu yang mampu
membentuk sebuah kerajaan yang kuat bagi menjaga kebajikan semua kaum di negara
ini.
“Kalau harapkan UMNO sahaja tak boleh tubuh kerajaan tetapi
dengan ada rakan-rakan kita parti di Sabah dan Sarawak.. dan di sini, MCA, MIC
dan Gerakan boleh sumbang pada (menangi) kerusi-kerusi pada PRU.
“Saya tak lupa juga kepada MyPPP, kita dalam keluarga BN,
tuan-tuan ingat dalam apa jua keadaan, kalau kita nak minta tolong kita boleh
minta tolong daripada kerajaan orang lain, jangan harap ketuk pintu pun dia
takkan buka,” katanya.
Perdana menteri berkata beliau selalu mengutarakan bahawa
sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan perlu berlaku adil dan
membuat pertimbangan secara inklusif dan ini telah dilakukan kerajaan BN sedia
ada.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Setiap kelompok dalam masyarakat mesti ada sentuhan
daripada kerajaan barulah mereka merasai nikmat pembangunan, pertumbunahn
ekonomi dan kekayaan negara.
“Ini berbeza dengan sesetengah negara yang mana mereka
berada di peringkat atasan mendapat keuntungan atau limpahan kekayaan yang
lebih tetapi di peringkat bawahan kurang ada sentuhan daripada kerajaan,”
katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan tidak percaya kepada sistem
ekonomi tanpa intervensi atau “kapitalis semata-mata” di mana menurutnya
ekonomi hanya bergantung kepada pasaran sahaja yang akan menyebabkan orang yang
lebih kuat mendapat lebih banyak faedah.
“Ini akan lebarkan lagi jurang pendapatan antara rakyat.
Sebagai sebuah kerjaaan, kita percaya ekonomi bebas tetapi mesti ada intervensi
kerajaan untuk agihkan kekayaan sama rata supaya mereka yang berpendapatan
rendah dan sederhana akan tingkat pendapatan mereka dengan lebih cepat lagi”.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan projek pembinaan
Pusat Giat Mara baharu di Sungai Koyan, dan sebuah masjid baharu bagi
menggantikan masjid sedia ada di Tanjung Gahai, masing-masing bernilai RM3
juta. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel