Connect with us

Berita Lain

PRU14: Hanya Gambar Calon, Presiden, Timbalan Presiden Parti Dibenarkan – SPR


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya daripada
parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS dibenarkan digunakan sebagai
bahan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah berkata di peringkat negeri
pula, selain gambar presiden dan timbalan presiden, gambar Ketua Menteri,
Menteri Besar, pengerusi badan perhubungan negeri, calon serta simbol parti
politik hanya dibenarkan dalam bahan kempen.
Katanya, SPR telah membuat penyelarasan semula terhadap
dasar sedia ada dengan mewujudkan syarat-syarat tambahan berkaitan penggunaan
bahan-bahan kempen pada PRU14 demi menjaga keharmonian, etika serta aktiviti
kempen melibatkan parti bertanding.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenapa orang pertikaikan gambar tokoh tertentu
dipotong atau digunting sedangkan mereka (pembangkang) telah bersetuju
menggunakan simbol PKR pada PRU14.
“Jadi bagi SPR, PKR yang bertanding. Pada PRU14, parti
Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR, jadi hanya gambar presiden dan
timbalan presiden PKR sahaja boleh dipaparkan, dan bukannya gambar Tun Dr
Mahathir Mohamad yang hanya merupakan pengerusi PH,” katanya kepada
Bernama, di sini hari ini.
Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan
anggota penguat kuasa SPR yang memotong poster memaparkan gambar Dr Mahathir
dari papan iklan kempen kawasan Parlimen Ayer Itam.
Mengulas lanjut, beliau berkata calon-calon yang bertanding
bebas menggunakan gambar mereka dalam bahan kempen seperti poster dan gegantung
di kawasan mereka bertanding.
“SPR juga mengarahkan poster BN dengan gambar presiden
China diturunkan oleh 445 pasukan petugas di seluruh negara yang terdiri
daripada parti politik, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan
pegawai SPR. Tetapi tindakan itu tidak diviral (oleh parti politik berkenaan).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Peraturan adalah sama untuk semua parti politik. Cuma
satu menular isu itu, manakala satu lagi tidak berbuat demikian yang
menyebabkan rakyat tidak faham dan mula menyalahkan pihak SPR,” katanya.
Dalam pada itu, Hashim menasihatkan pengundi supaya tidak
mudah terpengaruh atau percaya dengan mesej yang viral di media sosial kerana
ia bertujuan mengelirukan mereka.
“Baru-baru ini, ada satu gambar ditularkan yang
menunjukkan tong-tong atau kotak undi pos disusun dan dikatakan SPR melakukan
penipuan.
“Sebenarnya gambar itu adalah gambar PRU13 dan bukannya
kotak undi pos, tetapi kotak undi yang dikumpulkan di pusat pengumpulan dan
pusat penjumlahan untuk dikira semula sekiranya ada bantahan,” katanya.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel