Connect with us

Berita Lain

Rafidah, Daim Digugurkan, Rais Disiasat – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu
Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti
berkuat kuasa semalam​​​​​​ susulan tindakan mereka menyokong pembangkang
selain menghentam parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum
tindakan seterusnya diambil.

Beliau berkata surat pengguguran keanggotaan itu dihantar
kepada Daim dan Rafidah semalam, sebagaimana yang diperuntukkan oleh
perlembagaan parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bila dia (Rafidah) di atas pentas pembangkang secara
automatik saya minta surat dihantar kepada beliau dan digugurkan sebagai
anggota UMNO termasuk Tun Daim, ” katanya kepada media selepas meninjau proses
pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.
Tengku Adnan yang mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya
pada Pilihan Raya Umum ke-14 dicabar oleh Zainal Abidin Kidam (PAS) dan Datuk
Dr Samsu Adabi Mamat (PKR-PPBM)
“Saya memberitahu kepada mereka yang saya menyelidik dan
tidak dengar ‘hearsay’ (khabar angin) tapi bila saya dah dapat gambar baru saya
suruh ‘release’ (hantar surat) kepada mereka,” katanya lagi.
Tengku Adnan berkata sebagai veteran UMNO, mereka seharusnya
tahu yang mereka boleh digugurkan daripada parti apabila bertindak sedemikian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Barangkali mereka nak kita gugurkan mereka sebagai anggota
dan dia akan cakap macam-macam kepada UMNO, tapi kena ingat tanpa UMNO dan
Barisan Nasional (BN) mereka dan negara tidak akan jadi macam apa hari ini..
jangan jadi seperti kacang lupakan kulit,” katanya.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata tindakan
mereka yang menyokong pakatan pembangkang dan menghentam kerajaan adalah
sesuatu yang menyedihkan.
“Ketika mereka bersama kami, kami semua menyokong mereka…
bukan mereka dulu tidak ada masalah mereka semua dulu ada masalah.Oleh kerana
konsep wala’ taat kepada kepimpinan, kita ikut arahan pemimpin serta kita
tabayyun.
“….kerana dulu mereka bersama dengan kami dan kita
perbetulkanlah sama-sama kerana kita dalam satu jemaah. Namun hari ini, mereka
keluar daripada jemaah dan menuding jari. Ini adalah tidak patut dan tidak
adil,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel