Connect with us

Berita Lain

Rais Juga Berdepan Tindakan Jika Naik Pentas Pembangkang – Tengku Adnan

Foto: The Malay Mail

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata Tan Sri Dr Rais Yatim akan berdepan tindakan parti
sekiranya beliau naik ke pentas pembangkang dan mengeluarkan kenyataan
menghentam UMNO.
Beliau berkata buat masa ini status veteran UMNO itu masih
belum diputuskan kerana difahamkan bekas menteri tersebut hanya mengkritik
parti menerusi media sosial.
“Media sosial ni kadangkala betul, kadangkala tidak,
ada juga orang guna akaun palsu dan sebagainya. Jadi sebagai setiausaha agung
parti kita mempunyai struktur dan kita akan lihat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semalam, apabila saya bincang dengan jawatankuasa
(khas), kita masih kabur sebab itu kita tidak ambil tindakan lagi. Kalau dia
(Rais) melampaui batas, duduk di pentas pembangkang dan menghentam parti, kita
akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Adnan diminta mengulas mengenai kedudukan Rais yang
dilaporkan masih dalam siasatan parti selepas UMNO bertindak menggugurkan
keanggotaan dua veterannya yang juga bekas menteri, Tun Daim Zainuddin dan Tan
Sri Rafidah Aziz berikutan tindakan mereka menyokong pembangkang dan menghentam
parti.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan juga berkata beliau mempunyai
kuasa untuk menggugurkan keanggotaan kedua-dua tokoh berkenaan atas kapasitinya
sebagai pengerusi jawatankuasa khas yang membincangkan isu tersebut.
“Saya telah minta persetujuan daripada jawatankuasa
khas yang juga saya pengerusikan. Kita ada etika parti dan mereka (veteran UMNO)
pun tahu (mengenai etika itu),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Tengku Adnan juga meminta semua veteran UMNO berkenaan
merenung kembali segala dasar parti selama ini dan sokongan yang diberikan
kepada mereka.
“Sekarang saya tidak tahu mengapa mereka keluar mengata
UMNO tidak bagus. Saya minta mereka renungi diri mereka sendiri siapa mereka
dahulu, bagaimana mereka sekarang, macam mana anak-anak mereka sekarang
mendapat keselesaan. Bukankah ini semua kerana dasar-dasar UMNO,” katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung
Barisan Nasional (BN) berkata momentum kempen BN kini berada pada tahap baik
menjelang hari pengundian Rabu ini.
Malah calon BN bagi Parlimen Putrajaya itu yakin parti
tersebut akan mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
ini berdasarkan hala tuju dan matlamat yang jelas dalam manifestonya.
“Manifesto pada PRU13, 99.4 peratus telah dicapai. Saya
yakin rakyat akan memberi peluang lagi kepada BN untuk memastikan masa depan
mereka akan terjaga,” katanya yang ditemui pada majlis pecah tanah
Kompleks Masjid Ar-Rahman dan sekolah rendah agama di Presint 9, di sini.
-BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel