Connect with us

Berita Lain

Rasa Bagai Didera, AirAsia Tuntut Mansuh Mavcom


BANGKOK, 16 Mei ― Kementerian Pengangkutan berupaya
meningkatkan industri penerbangan tempatan tanpa memerlukan Suruhanjaya
Penerbangan Malaysia (Mavcom), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan
AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Menjelaskan kekecewaannya, Fernandes berkata, Mavcom perlu
kekal bebas dan melayan semua pemain industri secara adil.
“Saya sentiasa mahu (untuk industri) diperlakukan secara
adil. Ia bukan mengenai (baik) dengan AirAsia dan buruk kepada Malaysia
Airlines Bhd (MAB) atau baik kepada MAB dan tidak kepada AirAsia. Lakukan apa
yang baik untuk rakyat Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum ini kami (di AirAsia) mahu Mavcom kerana kami fikir
ia akan menjadi baik untuk industri ini dan bagi mereka untuk bebas dan melihat
industri ini dengan adil.
“(Tetapi) Kini saya 
fikir ia adalah lebih baik untuk tidak mempunyai Mavcom,” katanya kepada
pemberita Malaysia di #HalfABillion Guests Flown Celebration di sini, semalam.
Fernandes menjawab soalan mengenai laporan polis yang dibuat
Mavcom semalam berikutan dakwaannya bahawa badan pengawal selia penerbangan
tersebut memberitahu AirAsia untuk membatalkan semua 120 penerbangan tambahan
yang diminta pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Ketua AirAsia itu berkata, berurusan dengan Mavcom adalah
sukar dan menyebabkan Timbalan CEO Kumpulan AirAsia (digital, transformasi,
perkhidmatan korporat) Aireen Omar, CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan CEO
AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail menghadapi situasi sukar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Aireen, saya, Ben dan Riad seperti didera apabila berurusan
dengan Mavcom.
“AirAsia dan saya tidak akan berhenti berjuang untuk amalan
industri yang adil dan mahukan keputusan dibuat untuk manfaat semua rakyat
Malaysia,” katanya.
Tidak lama selepas Mavcom berkata ia membuat laporan polis
tersebut, AirAsia mengeluarkan kenyataan mengatakan ia mempunyai bukti dan
fakta untuk menyokong tuduhan Fernandes.
“Kami ingin menekankan bahawa video yang dikeluarkan
Fernandes pada hari Ahad, 13 Mei 2018 disokong sepenuhnya oleh bukti dan fakta,
termasuk komunikasi langsung antara Riad dan Pengerusi Eksekutif Mavcom.
“Kami akan mendedahkan bukti dan fakta berkenaan kepada
pihak berkuasa yang berkaitan pada masa yang tepat,” kata syarikat penerbangan
itu. ― Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel