Connect with us

Berita Lain

Rosmah Tak Dendam, Boleh Tidur Lena


DATIN Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena
biarpun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah ekoran kekalahan
suaminya Datuk Seri Najib Razak memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Rosmah dalam temubual khas bersama akhbar Malay Mail semalam
berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini
menyalahkan suaminya.
“Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita
berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah,
keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran
kehidupan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk
bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah menyatakan
bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya.
Bagaimanapun, beliau menyatakan harapan agar kehidupan
mereka kembali normal secepat mungkin.
“Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan
baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa
dengannya keadaan sebegini.
“Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam
politik,” kata Rosmah yang turut ditemani peguamnya Datuk Geethan Ram Vincent
dan M. Puravalen selain beberapa kenalan rapatnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan bahawa kini lebih
bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.
“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya
tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun
ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang
saya mahu lakukan.
“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun
apabila suka,” katanya.
Bagaimanapun, Rosmah berharap agar perkara (siasatan serta
serbuan polis) di rumahnya dapat berakhir dengan cepat bagi dan mahu meneruskan
kehidupan seperti baisa.
Selain itu, Rosmah turut meminta agar polis melayani
keluarganya dengan baik sebagai warganegara Malaysia.
“Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga
awal pagi itu. Saya memahaminya.
“Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah
selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai
manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel