Connect with us

Berita Lain

Sabotaj Pesawat: Tiada Asas Siasat Mahathir


KUALA LUMPUR- Siasatan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan
Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan sabotaj pesawat dilakukan tanpa asas
undang-undang dan di luar skop Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 .
Demikian menurut peguam N Surendran berkata dengan
mengatakan siasatan polis di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 terhadap
Mahathir membuktikan kebimbangan orang ramai mengenai bahaya akta berkenaan.

Dakwaan Mahathir bahawa terdapat sabotaj terhadap dirinya
adalah aduan sah, yang mesti disiasat oleh pihak berkuasa.
“Ia bukan berita palsu dan ia adalah luar kepercayaan
bahawa ia dianggap sebagai berita palsu,”katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tegasnya siasatan di bawah peruntukan itu jelas menentang
kepentingan awam apabila melabelkan aduan mengenai perkara  serius sebagai berita palsu dan
sebaliknya  pengadu sendiri disiasat.
” Mesej apakah yang dihantar kepada orang awam? Orang
awam harus bebas membuat aduan tanpa rasa takut bahawa mereka mungkin akan
dituntut untuk menerbitkan berita palsu,”katanya.
Selain itu katanya, siasatan mengenai Mahathir melanggar
perlembagaan persekutuan.
“Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan
bersuara, tertakluk kepada pengecualian bahawa terdapat batas kebebasan
bersuara,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Surendran berkata, kenyataan 
Mahathir tentang kemungkinan penerbangannya disabotaj  tidak ada kaitan dengan ketenteraman awam.
“Oleh itu siasatan terhadapnya melanggar haknya untuk
mendapat kebebasan bersuara di bawah Perkara 10.
“Apa-apa siasatan terhadap Mahathir atas alasan ini
akan menentang kepentingan awam, dan satu pembaziran,”katanya.
Tambahnya siasatan yang dipanggil ini juga membuktikan
bantahan banyak pihak bahawa Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 terlalu luas dan
samar-samar, dan ia mengancam hak demokratik untuk kebebasan bersuara yang
dijamin di bawah perlembagaan persekutuan kita.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel