Connect with us

Berita Lain

Sah! Anwar Kini Bebas


KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari
Hospital Rehabilitasi Cheras 11.33 pagi dengan berpakaian lounge suit
dipercayai menuju ke Istana Negara.
Sementara itu Istana Negara memaklumkan, Anwar diberi dan
dibenarkan pembebasan serta merta berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persektuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Wilayah, lapor Harian Metro.

Tarikh16 Mei 2018 menjadi detik bersejarah buat seluruh
rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan selepas mendapat
pengampunan daripada Yang Di-pertuan Agong hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan mStar Online, proses pembebasan Ketua Umum PKR itu dilakukan di Hospital
Rehabilitasi Cheras di sini tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.



Anwar meninggalkan perkarangan hospital tanpa memberikan
sebarang komen kepada media.
Beliau dengan tersenyum hanya melambai-lambai ke arah wakil
media dan penyokongnya yang memenuhi pekarangan hospital berkenaan sebelum ke
Istana Negara.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berada di
Istana Negara untuk terlibat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang
berlangsung pada pukul 11 pagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil
berkata, Anwar akan pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara
kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Beliau akan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail yang juga Presiden PKR.
Turut kelihatan di perkarangan hospital adalah Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar dijangka pulang ke kediaman beliau di Bukit Segambut
dan akan mengadakan sidang media sekitar pukul 4 petang.

Menurut Fahmi lagi, Anwar akan bersolat tarawih di kediaman
beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur malam ini.
Beliau kemudian akan ke Himpunan Merdeka Rakyat di Padang
Timur, Petaling Jaya.
Terdahulu, Lembaga Pengampunan Diraja bersidang pada pukul
11 pagi tadi berhubung permohonan bagi mendapatkan pengampunan diraja kepada
Anwar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada
Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas
sabitan meliwat bekas pembantunya.
Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum
ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel