Connect with us

Berita Lain

Salah tersenarai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris



MOHAMED SALAH mungkin akan meraih anugerah hatrik individu selepas namanya disenarai pendek untuk Pemain Liga Perdana Inggeris Musim Ini di samping pemain pertahanan Burnley, James Tarkowski.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Salah telah pun memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik dan Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Liverpool.


Dia menyumbat 43 gol dan membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.


Pemain kelahiran Mesir itu mengepikan pemain Manchester City, Kevin de Bruyne dalam kedua-dua anugerah tersebut dan pemain Belgium itu turut dilihat sebagai pencabar terdekatnya untuk anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris.


Prestasi penjaga gol Manchester United, David de Gea; penyerang Tottenham, Harry Kane dan penyerang City, Raheem Sterling pada musim ini turut diiktiraf, namun Tarkowski merupakan ‘wild card’ yang disebut-sebut sebagai penerima anugerah itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Peminat boleh mengundi pemain kegemaran mereka dan keputusan undian akan diambil kira sebanyak 10 peratus daripada keputusan penuh.


Sebanyak 90 peratus markah lagi akan diadili oleh panel pakar termasuk Alan Shearer dan keputusan akan diumumkan pada 13 Mei.


Sementara itu, Pep Guardiola pula tercalon untuk kategori anugerah pengurus di sampih Jurgen Klopp (Liverpool), Roy Hodgson (Crystal Palace), Chris Hughton (Brighton), Sean Dyche (Burnley) dan Rafa Benitez (Newcastle). – Eurosport


-mstaronline

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel