Connect with us

Berita Lain

Saya Arah Arul Kanda Bayar Hutang 1MDB RM143.75 Juta Sebelum 30 Mei – Guan Eng



PUTRAJAYA: : Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah
mengeluarkan arahan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy agar membayar balik hutang 1MDB
dengan kerajaan sebanyak RM143.75 juta.

Tegasnya, 1MDB perlu menjelaskan hutang berkenaan
selewat-lewatnya pada 30 Mei ini.
“Saya telah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan,
Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa antara perkara paling perlu disegerakan dan
diselesaikan pada hari pertama saya di kementerian ialah pembayaran hutang
1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini adalah kerana jumlah RM143.75 juta perlu dibayar oleh
1MDB selewat-lewatnya 30 Mei 2018,” katanya dalam sidang media pertamanya
sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

“Arul Kanda setakat ini menegaskan bahawa 1MDB dapat
melangsaikan hutang itu sepenuhnya. Jadi, saya telah memberikan arahan kepada
Arul Kanda untuk membayar jumlah berkenaan minggu depan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Guan Eng telah berjumpa dengan
Pengarah-Pengarah 1MDB, iaitu Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob
untuk mengulas kepada kementerian mengenai skandal 1MDB.
“Kami juga sangat prihatin terhadap perkara di atas kerana
saya telah dimaklumkan oleh pegawai kementerian bahawa MOF (Kementerian
Kewangan) telah menyelamatkan hutang 1MDB sejak April 2017,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Setakat ini katanya, Kementerian Kewangan telah
menyelamatkan hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion.
“Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat IPIC sebagai
Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion,” kata Guan Eng.
Justeru katanya ia jelas menunjukkan bahawa 1MDB telah
menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan mereka telah membayar hutang kepada
kerajaan melalui langkah rasionalisasi yang berjaya.

– Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel