Connect with us

Berita Lain

“Saya Kesal Lindungi Dan Tak Terus Terang Tentang Najib” – KJ


BARISAN Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
minggu lalu dan kejutan itu mendorong 
pemimpin parti berkenaan mula memikirkan kesilapan yang telah mereka
lakukan hingga membawa kepada kejatuhan parti politik berkenaan.
Salah seorang adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
yang mengakui beliau sepatutnya berterus terang mengenai Datuk Seri Najib Tun
Razak, bukannya melindunginya berhubung skandal 1MDB.
Kenyataan ini dibuat Ahli Parlimen Rembau yang lebih
dikenali sebagai KJ pada temubual bersama Channel NewsAsia baru-baru ini, lapor mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia tidak sepatutnya berlaku lagi, kita tidak boleh
benarkan pemimpin Umno dipisahkan dengan realiti. Jika kita teruskan dengan
amalan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, Umno akan
pupus,” katanya yang mengaku situasi itu akan membuatkan dia menyesal
seumur hidup.
Bukan itu sahaja, malahan Khairy juga mendedahkan kekalahan
yang dialami BN dan Umno kerana kecuaian mereka.
“Apa yang berlaku adalah kita berada dalam khayalan,
kita umpama hanyut dalam keselesaan dan apa yang kita ada hingga terbawa-bawa.
“Selepas Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan
Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) disingkir, masih tiada siapa yang mengakui
kita bermasalah. Inilah kesalahan besar yang kita telah lakukan,” katanya
lagi.
Walaupun Khairy meletakkan Najib sebagai punca kekalahan BN,
beliau tetap mengakui ianya tanggungjawab bersama komponen parti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, ketika BN tewas majoriti dua pertiga pada 2008
ketika dipimpin perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepimpinan
parti itu berpindah kepada Najib dengan harapan ia dapat memberi imej baharu.
Bagaimanapun, kesalahan besar yang dilakukan adalah dengan
mengekalkan operasi yang sama.
“Mereka fikir dengan mengubah ketua, semuanya akan
menjadi lebih baik. Kita tidak boleh lakukan kesalahan sama lagi,”
katanya.
Sehubungan itu, beliau menggariskan empat langkah yang perlu
dilaksanakan BN untuk kembali mendapatkan kepercayaan dan keyakinan iaitu:
*Mengekalkan 78 kerusi yang dimenangi.
*Mempertahankan Umno jika Pakatan Harapan cuba mendaftarkan
semua parti itu kerana gagal mempertahankan kedudukan pada PRU14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

*BN perlu menjadi pembangkang yang kukuh dan berwibawa.
*BN perlu melakukan perubahan struktur bagi mencerminkan
aspirasi rakyat.
Selain itu, Khairy juga menyarankan supaya parti itu membuka
peluang kepada kaum lain kerana kemerosotan undi yang diperoleh BN dan Umno.
Jelasnya, penstrukturan semula itu termasuk kemungkinan
membenarkan keahlian tanpa mengambil kira agama dan latarbelakang kaum.
“Kita perlu mempertimbangkan dengan serius pelbagai
kemungkinan. Apa sebenarnya DNA kita dan ia perlu dipersoalkan,” katanya.
Beliau juga membayangkan BM perlu sentiasa bersedia kerana
bakal berdepan dengan cabaran lebih besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibebaskan.
“Kita perlu bersedia berdepan dengan dua gergasi dalam
dunia politik.
“Saya hanya semut di antara dua gergasi itu  dan saya perlu pastikan dapat berfikir dan
bergerak pantas untuk tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel