Connect with us

Berita Lain

‘Saya Tak Larikan Diri’ – Jamal


KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos
yang dicari polis sejak kelmarin, akhirnya muncul dan menghubungi pasukan
peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala.
Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin dalam satu kenyataan awal
pagi tadi berkata, Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan
kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.
“Beliau menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian
beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai ‘discharge’ (keluar wad)
untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.
“Pada ketika itu, beliau (Jamal) percaya dan
beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kata beliau, Jamal juga memaklumkan bahawa masih belum sihat
sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan.
“Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan
proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis setelah beliau
benar-benar sihat.
“Kita percaya telah berlaku sedikit salah faham,
sehingga perkara dan situasi beliau terbabit telah dieksploitasi dengan
tanggapan negatif,” kata Mohd Imran lagi.
Katanya, Jamal tidak melarikan diri dan sentiasa mengikuti
perkembangan semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Tambahnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkembangan
terbaharu itu kepada pihak polis.
Sementara itu, Jamal menerusi satu rakaman audio yang
diedarkan kepada pihak media, mendakwa dia menyangkakan tempoh tahanan reman
dan proses jaminan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya pada hari terbabit
(Jumaat) sudah selesai.
“Kira-kira 3.15 petang, saya beredar dari hospital dan
pergi ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit untuk digunakan bagi kos-kos
seperti reman dan sebagainya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya terpaksa bergegas kerana mengejar masa,
takut-takut waktu pejabat Tabung Haji tutup dan selepas berjaya mengeluarkan
duit, saya mendapat panggilan mengatakan saya diburu polis.
“Tetapi ketika itu dalam keadaan saya kurang sihat,
lebih baik saya berehat dahulu dan InsyaAllah saya akan tetap akan memberi
kerjasama kepada pihak polis,” katanya.
Jamal mendakwa apa yang berlaku itu adalah berpunca daripada
salah faham dan menyangka proses jaminan itu sudah selesai tanpa menyedari ada
beberapa dokumen lagi yang beliau perlu tanda tangani.
“Bukan saya melarikan diri daripada polis atau
sebagainya.
“InsyaAllah saya akan bertemu dengan pihak polis bagi
memberikan kerjasama sepenuhnya,” kata beliau.
Kelmarin, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar
Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang.
Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan
penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.
Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak 3 petang
selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi
jaminan sebanyak RM3,000.
Susulan itu, operasi sekatan jalan raya dilakukan pihak Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.



– Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel