Connect with us

Berita Lain

Semangat baru Fathia



Walaupun terpalit kontroversi demi kontroversi, Fathia Latiff berusaha mencari jalan memperbaiki diri.


Enggan dirinya hanyut hingga boleh meranapkan kerjaya lakonan yang dibina, gadis jelita berusia 30 tahun ini nekad mengambil keputusan mencari ketenangan diri.


“Ketiadaan saya sebelum ini untuk mencari ketenangan bagi melihat setiap perkara yang dilakukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya mula berfikir mengenai satu persatu kesilapan selama ini. Oleh itu, saya bermuhasabah diri dan mula mendekatkan diri dengan Allah SWT.


“Saya nak memperbaiki diri dan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Saya mohon diberikan peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan,” katanya.


Mengakui kontroversi yang melanda dirinya secara tidak langsung menjejas nama baik dan masa depan kerjaya lakonannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Siapa yang tidak berasa kecewa dan merajuk apabila nama digugurkan daripada projek drama pada saat akhir. Nama saya juga seolah-olah disenarai hitam stesen televisyen.


“Kini, saya mahu kembali dengan semangat baru dan menjadi Fathia yang baru. Izinkan saya kembali aktif dalam bidang lakonan yang diceburi sejak dulu,” katanya.


Fathia ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia kini akan lebih berhati-hati untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kerana enggan dihentam.


Kelantangannya membicarakan hal politik juga dikritik netizen, namun Fathia memberitahu itu sekadar meluah pendapatnya sebagai rakyat.


“Sebagai selebriti, saya memang tidak arif mengenai isu politik dan komen yang dikeluarkan sebelum ini juga ikhlas sebagai rakyat.


“Namun, kenyataan yang saya buat itu disalah tafsir netizen hingga mencetuskan kontroversi dan menjejaskan nama baik dalam bidang hiburan tanah air.


“Jadi, selepas ini saya akan cuba mengawal diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan menyinggung mana-mana pihak. Saya mahu kehadiran saya menjadi contoh terbaik kepada semua,” katanya.


Lantang bersebab


Mengimbas kembali episod kelantangannya menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, Fathia mengaku pernah mengalami kemurungan akibat dikecam.


Fathia berkata, segala keperitan yang dilalui akhirnya berakhir dan berharap tiada sesiapa akan melalui pengalaman yang sama.


“Mungkin ramai tidak tahu saya pernah alami kemurungan teruk kerana ribuan orang mengecam saya.


“Kadang-kadang saya tidak faham apakah kesalahan saya. Padahal luahan saya di laman sosial itu disebabkan saya kagum dan meminati beliau. Tiada niat langsung untuk menyertai politik,”katanya.


Menganggap setiap ujian yang datang adalah proses mematangkan dirinya, Fathia berdoa supaya dia kuat menempuh hari mendatang.


Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang mengkritik kerajaan ketika itu.


Fathia yang sebelum ini mengambil jurusan undang-undang berkata, dia merancang menyambung pelajaran dalam jurusan sama dalam waktu terdekat.


“Insya-Allah saya dalam perancangan untuk sambung belajar. Doakan urusan saya dipermudahkan.


“Lagipun, saya akui pelajaran penting untuk masa depan bagi anak seni. Tidak selama-lamanya kita berada dalam bidang ini.


“Jadi kita perlu mempunyai pengetahuan dan mempelajari ilmu agama Islam juga,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Fathia kini turut berjaya mengintai peluang dalam bidang nyanyian.


Terbaharu, Fathia tampil dengan single baru berjudul Keluarkan Aku ciptaan DJ Fuzz dan Wawa, manakala liriknya ditulis oleh W.A.R.I.S berjaya meraih perhatian peminat.


Siapa sangka selepas sebulan dilancarkan, lirik video single terbabit sudah mencecah 300,000 tontonan.


Menurut Fathia, sejak dulu lagi sudah terbit minat dalam bidang nyanyian dan berharap dapat menembusi pasaran antarabangsa.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel