Connect with us

Berita Lain

Seorang Dari 9 ADUN BN Perlis Hadir Taklimat Bersama MB

Foto: Kosmo


Seorang daripada sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat
sumpah Menteri Besar Perlis Khamis lepas, hari ini menghadiri taklimat bersama
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di kediaman rasminya di Kangar..
ADUN Kayang, Hamizan Hassan difahamkan berada di Dewan
Residensi di kediaman itu untuk taklimat persidangan Umno dan perasmian
berkelompok persidangan cawangan dan Sayap Umno bahagian Kangar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika ditemui pemberita selepas taklimat itu, Hamizan
berkata beliau hadir pada taklimat hari ini atas kapasiti sebagai ketua Pemuda
Umno bahagian Kangar dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
“Menteri besar dan saya berada dalam satu bahagian dan
tujuan perjumpaan hari ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan
pergerakan Umno bahagian,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun ditanya adakah kehadiran pada hari ini
menunjukkan beliau menyokong pelantikan Azlan sebagai menteri besar, beliau
berkata: “Saya menjunjung titah Tuanku (Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail).”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sembilan ADUN BN itu tidak hadir pada majlis pelantikan MB
kerana mendakwa bahawa pelantikan tidak mendapat sokongan majoriti anggota DUN
berkenaan.
Mereka sebaliknya berada bersama Pengerusi BN negeri, Datuk
Seri Dr Shahidan Kassim di Kuala Lumpur dan Shahidan kemudiannya pada sidang
akhbar mengumumkan cadangan memecat keanggotaan Azlan dalam parti.
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel