Connect with us

Berita Lain

Shafie Sah Angkat Sumpah KM Sabah Malam Ini


Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Darell
Leiking mengesahkan bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-15 yang baharu malam ini.
Leiking berkata mereka dimaklumkan oleh pegawai istana
supaya bersiap sedia bagi majlis yang akan berlangsung di Istana Negeri pada 9
malam.
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), parti WARISAN pimpinan
Mohd Shafie memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi
enam dan dua kerusi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walau bagaimanapun, pada Khamis, 10 Mei lalu, Pengerusi BN
negeri Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri
Sabah ke-14 untuk penggal keempat.
Beliau mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 31 kerusi
selepas bekerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) pimpinan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mempunyai 2 kerusi.
Gabungan WARISAN, DAP serta PKR ketika  itu hanya mempunyai 29 kerusi, kurang dua
kerusi untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun, tindakan enam ADUN daripada Barisan Nasional iaitu
empat daripada Umno dan Upko (dua) menyertai blok pembangkang pimpinan WARISAN
semalam mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah dengan majoriti mudah.


Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau belum dimaklumkan
secara rasmi akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baharu, di
Istana Negeri, malam ini.
Mohd Shafie ketika ditemui pemberita di luar pekarangan
kediamannya hari ini berkata pihaknya masih menunggu makluman daripada Istana
Negeri.
“Saya tidak tahu, tunggu makluman istana,”
katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel