Connect with us

Berita Lain

Shafie Tarik Balik Larangan Terhadap Tian Chua, Izzah

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Tian Chua mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang baru
dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana menarik balik larangan imigresen
terhadapnya dan Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti itu.

Tian Chua berkata larangan imigresen yang dikenakan oleh
kerajaan terdahulu menghalang mereka daripada memasuki negeri itu, tetapi
dengan perubahan kerajaan pemerintah, beliau berharap dapat membina Malaysia
yang progresif bersama-sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya akan bertemu Datuk (Mohd) Shafie untuk mengucapkan
terima kasih kepada beliau secara peribadi, mungkin pada Ramadan. Saya rasa
gembira kerana sekali lagi dapat menemui rakyat di Sabah,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Semalam, selepas memulakan tugas, Mohd Shafie mengarahkan
supaya larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH)
dari Semenanjung ditarik balik.
Tian Chua yang juga Anggota Parlimen Batu selama dua penggal
sejak 2008 hingga 2018, juga merakamkan penghargaan kepada pengundi di Sabah
dan Sarawak atas sumbangan ‘besar’ mereka terhadap kerusi Parlimen kepada PH
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Beliau berkata gabungan 25 kerusi pelbagai kaum itu
membolehkan PH mendapat majoriti selesa semasa PRU14.
“Kami berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak atas
sokongan jelas mereka mengenai agenda reformasi oleh PH dan Warisan,” katanya.
– BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel