Connect with us

Berita Lain

Shukri Abdull Kembali Sebagai Ketua SPRM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan
bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali ke
badan itu untuk mengetuainya tidak lama lagi.
Kata Dr Mahathir, kerajaan bersetuju melantik Datuk Seri
Mohd Shukri Abdull mengisi tempat Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jawatan itu kosong
selepas penyandangnya Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan.
Mohd Shukri ialah orang nombor dua di SPRM apabila badan itu
dirombak secara tiba-tiba ekoran siasatan mereka ke atas syarikat berkaitan
1MDB.
Skandal itu menjadi satu daripada isu paling banyak
dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemilihan Mohd Shukri diumumkan Dr Mahathir dalam sidang
media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Shukri mengambil keputusan untuk bersara wajib pada dua
tahun lalu.
Pagi tadi Dr Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan
bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Mohd Shukri antara lain diingati kerana ucapan perpisahannya
yang memberi kesan mendalam kepada orang ramai.

Semasa menyampaikan pesanan itu di Putrajaya Mohd Shukri
mengingatkan bahawa semua orang termasuk ahli politik, hakim dan
pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya
kerana semua pihak – sesiapapun terlibat – satu hari nanti kita akan bertemu
hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Pada waktu itu, semua orang – termasuk saya – akan jadi
saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.
“Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang
paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi,” katanya.
Ditanya mengenai pelantikan berkenaan, Dr Mahathir berkata
Mohd Shukri mempunyai banyak maklumat yang berkaitan dan menentang sebarang
salah laku yang berlaku.
“Sikapnya ialah, dia menentang tindakan-tindakan yang
salah yang dilakukan dalam SPRM dan peranan Datuk Seri Najib menghalang
siasatan.
“Kita nak tahu secara detail (terperinci) apa
sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Ditanya tarikh Mohd Shukri akan memulakan tugas secara
rasmi, perdana menteri berkata, ia akan berkuat kuasa selepas mendapat
persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel